Get the app for full experience
Bab 4
Duo Arms pula adalah sebuah syarikat pembekal jet pejuang dan peralatan ketenteraan lain yang berasal dari Perancis. Barisan hakim Pejabat Pendakwaraya Paris telah menjalankan penyiasatan teliti terhadap pegawai tinggi di Perancis, Pakistan, India, Malaysia dan beberapa negara lain semenjak dua tahun lalu. Elemen pembabitan Malaysia telah disahkan dalam kertas siasatan yang dikeluarkan enam bulan lepas.
Sawyer & Ferguson pula adalah firma guaman antarabangsa yang mempunyai pejabat di Singapura yang menguruskan kes-kes di Asia Tenggara. Sawyer & Ferguson telah dilantik oleh Pejabat Pendakwaraya Paris sebagai perunding untuk mempercepatkan lagi proses penyiasatan untuk kes pendakwaan Duo Arms yang melibatkan negara-negara di Asia Tenggara.
Pada mulanya Natasha bukanlah peguam yang menguruskan kes Duo Arms. Akhbar, salah seorang peguam kanan Sawyer & Ferguson, adalah peguam yang menguruskan kes ini semenjak dua tahun lepas semasa kes ini baru sahaja dibuka. Dia telah berjaya mengumpul maklumat, bukti dan saksi yang diperlukan oleh Pejabat Pendakwaraya Paris untuk kes Duo Arms yang melibatkan penjualan senjata di Taiwan.
Kerana kejayaannya itu, dia telah dipilih sebagai perunding untuk kes pendakwaan rasuah dalam penjualan senjata di Malaysia.
...bersambung
Bab akan datang:
Mengapakah peguam yang asal menolak kes itu?