Chapter 21

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 21

Randi memandu masuk ke perkarangan sebuah kawasan rumah agam berpagar yang terletak di pinggir ibukota Kuala Lumpur dan terus memberhentikan kereta betul-betul di halaman rumah tersebut. Randi dan Badrul keluar dari kereta. Randi memberi isyarat tangan kepada Badrul untuk tunggu sebentar dan terus masuk ke dalam rumah tersebut melalui pintu utama.

Rumah agam yang tersergam di hadapan matanya sangat unik, senirekanya dengan jelas menunjukkan campuran tiga budaya; Minangkabau, Arab dan sedikit ciri-ciri senireka Eropah. Sebaik sahaja memasuki pagar, tetamu seolah-olah dialu-alukan dengan sebuah pintu gerbang bercirikan senireka Arab yang selalunya dibina di masjid-masjid. Terlihat tulisan khat yang dipahat dengan teliti pada pintu gerbang tersebut yang berbentuk separa oval setinggi dua tingkat sehingga mencecah ke bahagian atap. Atapnya pula adalah atap genting yang direka seakan-akan bumbung rumah Minangkabau berserta ukiran kayu yang halus di sekelilingnya. Pintu utamanya pula adalah pintu kayu cengal dengan dua pemegang pintu diukir seperti dua bilah keris bersarung.

Pintu kayu itu tiba-tiba dibuka oleh Randi dari dalam. Randi menggamit ke arahnya, memanggil Badrul masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Badrul masuk, dia dibawa ke ruang tamu.

"Badrul!" Seorang lelaki yang menghisap paip tiba-tiba memanggil namanya sebaik sahaja Badrul duduk di sofa yang disediakan. Badrul bingkas bangun, tanda hormat lantas menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Randi menggeleng-gelengkan kepalanya, memberi isyarat kepada Badrul agar tidak berbuat demikian.

"Saya harap Randi telah melayan awak dengan baik sepanjang perjalanan ke sini." lelaki itu menjeling ke arah Randi sambil duduk berhadapan dengan Badrul.

"Baik sekali," Badrul menjawab dengan ringkas.

"Saya Rafael. Bapa awak pernah membantu saya semasa saya tinggal di Singapura beberapa tahun dahulu, satu pertolongan yang memang tak mungkin saya dapat balas hingga ke akhir hayat. Sekarang giliran saya pula untuk membantu," ucap Rafael sambil memegang paipnya.

"Terima kasih Encik Rafael," Badrul mengucapkan terima kasih.

"Awak panggil saja saya Rafael, semua orang panggil saya Rafael di sini termasuk anak saya sendiri," ujar Rafael sambil memandang ke arah Randi.

"Ok, saya rasa perkara pertama, kita perlu rancang identiti baru awak di sini. Saya tahu awak seorang peguam, selain daripada itu, awak ada kemahiran lain?" Rafael bertanya Badrul.

"Apa maksud awak Rafael? Saya tidak ada kemahiran lain selain daripada bahagian guaman." Badrul tidak begitu pasti maksud soalan Rafael.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang dimaksudkan oleh Rafael dengan butir bicaranya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience