Chapter 79

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 79

Julia bersandar di dinding, mahu mendengar cerita seterusnya.

"Siapa yang mahu membunuh Natasha?" tanya Nenek Tina.

"Saya belum dapat jawapan lagi Nek, tapi.." Jawapan Badrul terhenti di situ seketika.

"Ini kunci loker yang pernah diserahkan oleh Natasha kepada saya, dia kata semua bukti kes yang disiasatnya berada di dalam loker, tapi saya belum berjaya menemui loker itu Nek," Badrul menunjukkan sebentuk kunci.

"Bagaimana pula kamu boleh berada di sini?" tanya Nenek Leha.

"Papa menggunakan khidmat KH Intelligence untuk sorokkan saya di Malaysia. Dia sedang cuba untuk selesaikan kes itu di Singapura. Saya pun sudah lama tidak bercakap dengan Papa. Tapi rasanya, kalau loker ini belum ditemui, kes itu takkan selesai dan saya juga tidak boleh membuktikan saya tidak bersalah membunuh Natasha," Badrul menjawab tenang.

"KH intelligence yang diketuai oleh Rafael? Apa khabar dengan Rafael sekarang?" tanya Nenek Leha.

"Saya membantu Rafael menyelesaikan tugasan-tugasan dari pelanggan. Malangnya, Rafael juga sudah meninggal dunia," jawab Badrul.

"Meninggal dunia? Bagaimana pula dengan anaknya Randi? Nenek masih ingat lagi dahulu Rafael mengambil Randi menjadi anak angkat, dia rasa bersalah terhadap Randi kerana dia yang menyebabkan kematian ibu-bapanya Patrick Chin dan Michelle," Nenek Leha menyambung.

"Dia menuduh saya membunuh Rafael. Tapi saya dapat tahu dia telah bekerjasama dengan Somat sebelum itu, dia baru sahaja keluar dari penjara" jawab Badrul.

"Somat memang licik. Nenek juga terlibat dalam penangkapan Somat dahulu, Nenek dan Rafael memang bekerjasama untuk menumpaskan Patrick Chin dan Somat. Nenek pasti Somat telah memberitahu segala-galanya mengenai Rafael kepada Randi dan mungkin Randi telah termakan dengan cerita Somat. Somat adalah penjahat paling bijak yang pernah nenek jumpa," jawab Nenek Leha. Dia meneguk sedikit air the yang dihidangkan oleh pembantunya.

“Julia pula, bagaimana Julia boleh terlibat dalam masalah kamu ni?” Tanya Nenek Leha sambil merenung tepat ke arah muka Badrul. Badrul tiba-tiba mengalihkan pandangan ke atas meja.

“Dia tak bersalah Nek. Dia terlibat secara tak sengaja,” jawab Badrul sambil bangun dan meletakkan cawan ke dalam sinki.

“Ini semua salah saya,” Badrul menyambung setelah duduk semula.

“Apa maksud kamu Bard?” Tanya Nenek Leha.

“Pada asalnya, dia cuma membantu saya dalam satu tugasan seorang pelanggan KH Intelligence,” jawab Badrul bersahaja.

“Nenek suka dia. Bijak, bersopan dan cepat belajar. Satu hari sahaja Nenek ajar guna senjata, dia dah pandai!” Nenek Leha mengangkat ibu jari tangan kanannya sambil tersenyum.

“Dia sesuai dengan kamu,” Nenek Leha menambah, sesuatu yang sangat tidak dijangka oleh Badrul. Badrul tersipu-sipu sedikit.

“Dia cuma kawan, Nek,” jawab Badrul sambil menggesek-gesek matanya yang tidak cukup tidur.

"Jadi, apa rancangan kamu seterusnya?" tanya Nenek Leha.

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang ingin dirancangkan oleh Badrul?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience