Bab 65
Badrul diam seketika, dia sebenarnya tidak mahu membicarakan hal itu malam ini tetapi dia perlu mendapatkan kepercayaan Julia.
“Itu Kadir. Salah seorang pekerja bawahan saya,” jawab Badrul.
Julia membasuh tangannya di singki dan memakai sarung tangan getah yang dijumpainya di dalam kabinet dapur. Dia terus membuka komputer riba yang diambil dari biliknya dan memasukkan cakera padat yang diambil daripada rumah Dr Asri.
"Apa lagi yang awak mahu tahu mengenai Kapsul Ungu?" tanya Julia sambil membuka fail-fail yang tersimpan dalam cakera padat tersebut. Nadanya sedikit mengejek.
Terdapat banyak carta-carta dan jadual yang dibuka oleh Julia. Badrul cuba memahami carta-carta yang dibuka oleh Julia, tetapi dia bukanlah graduan sains.
"Semuanya. Apa sebenarnya Kapsul Ungu, mengapa ada orang sanggup membayar harga yang tinggi untuk kapsul itu?" Tanya Badrul memandang tepat ke arah anak mata Julia.
Julia kemudiannya membuka tas tangannya untuk mengeluarkan cawan termos yang diambilnya tadi. Dia menarik lapisan dalam cawan tersebut supaya terpisah daripada lapisan luar. Beberapa biji kapsul berwarna ungu bertaburan di atas meja dapur.
"Awak sudah jumpa Kapsul Ungu!" ujar Badrul dengan nada gembira tetapi sedikit terkejut. Badrul cuba mengambil beberapa biji Kapsul Ungu yang bertaburan di atas meja. Julia terus memegang tangan Badrul, menghalangnya daripada menyentuh kapsul tersebut.
"Nampaknya, awak memang tak tau apa-apa pasal Kapsul Ungu." Julia menepis tangan Badrul. Julia membuka lagi beberapa dokumen yang dijumpai di dalam cakera padat tersebut. Tiba-tiba Julia memandang Badrul dengan pandangan yang penuh ketakutan.
"Kenapa Julia?"
"Siapa yang mahukan Kapsul Ungu ini sebenarnya?" Julia membalas soalan Badrul dengan satu lagi soalan.
"Itu tak penting Julia," Badrul terus sahaja memegang beberapa biji Kapsul Ungu dan cuba memasukkannya ke dalam botol yang telah dikeluarkan dari dalam beg galasnya beberapa minit yang lalu.
"Bard, awak akan rasa sakit kalau awak pegang kapsul itu tanpa sarung tangan!" Julia cepat-cepat memberi amaran.
Bard memandang Julia dengan penuh tanda tanya! Ditangannya sudah ada beberapa biji Kapsul Ungu yang baru sahaja di ambilnya dari meja. Julia cepat-cepat mengambil beberapa biji Kapsul Ungu yang berada di tangan Badrul lalu meletakkannya ke dalam sebuah bekas kaca dan memasukkannya ke dalam peti sejuk. Dia menarik tangan Bard ke arah sinki dapur dan melalukan air paip ke arah kedua-dua tangan Badrul. Tangan Badrul terasa sedikit pedih, bagaikan ada rasa terbakar di kedua-dua tapak tangannya.
"Tangan saya rasa terbakar!" Badrul memberitahu Julia.
"Saya tahu, jangan risau, saya akan rawat awak!" kata-kata Julia meredakan perasaan Badrul. Julia mengambil sebuah botol Dettol yang tersimpan di dalam kabinet bawah sinki tersebut dan mambancuh setengah penutup larutan Dettol ke dalam sebuah mangkuk yang diisi dengan air panas. Julia mengambil tuala dapur yang bersih, merendamkannya ke dalam larutan tersebut dan menyapu kepada kedua-dua tangan Badrul. Rasa terbakar itu berkurangan sedikit selepas beberapa kali Julia menyapu tangannya.
…bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Teruskan membaca…
Share this novel