Chapter 6

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 6

"Encik Ghaous, tolong jangan berhenti. Teruskan perjalanan. Saya akan bayar gantirugi untuk cermin awak yang pecah itu nanti," Natasha memberi arahan. Ghaous meneruskan perjalanan sambil menyumpah-nyumpah lelaki bermotosikal itu tanpa henti. Natasha menarik nafas panjang. Hatinya masih terasa berdebar-debar. Dia masih ingat lagi hari terakhir Akhbar berada di pejabat Sawyer & Ferguson, Singapura; hari penyerahan tugas di mana Akhbar menyerahkan semua fail-fail yang berkaitan dengan kes pendakwaan Duo Arms yang melibatkan Kementerian Pertahanan Malaysia.

"Ini semua fail-fail yang awak perlukan untuk kes Duo Arms," Akhbar menyerahkan beberapa kumpulan fail yang diikat kepada Natasha.

"Dari mana saya patut bermula Encik Akhbar?" Natasha meminta nasihat.

"Awak patut bermula dengan Dato' Murad. Kes pendakwaan untuk Malaysia, India dan Pakistan kait-mengait antara satu sama lain," Akhbar menjawab.

"Itu sahaja saya boleh bantu awak, saya harap awak dapat menyelesaikan kes ini," Akhbar terus menghulurkan tangan kepada Natasha, mahu menamatkan pertemuan mereka secepat mungkin. Natasha berasa kurang selesa dengan tindakan Akhbar. Dia berharap Akhbar dapat meluangkan lebih banyak masa untuk berbincang mengenai kes ini. Kes pendakwaan ini adalah sebuah kes yang besar dan melibatkan beberapa negara. Natasha perlu lebih banyak maklumat dan panduan daripada Akhbar. Walaubagaimanapun, Natasha menyambut tangan Akhbar.

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Akhbar keberatan mahu membantu Natasha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience