Chapter 37

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 37

Rafael telah menghentikan semua operasi yang tidak mengikut undang-undang dan hanya menjalankan perniagaan yang bersih. Pada mulanya dia mengalami banyak kesukaran kerana banyak ahli Kemaruk Hitam masih lagi terlibat dengan penyeludupan. Ada yang memang suka membuat kerja-kerja sebegitu tetapi ada juga yang telah terlalu jauh terlibat sehingga tidak tahu bagaimana untuk berpatah balik.

Rafael mengambil masa dua tahun untuk menukar minda ahli kumpulan Kemaruk Hitam dengan menukar corak operasi dan memilih rakan kongsi yang benar-benar bersih. Keuntungan yang mereka dapat tidak begitu banyak pada mulanya kerana pada waktu itu keuntungan perniagaan hampir lebih daripada separuh datangnya daripada penyeludupan. Seluruh kumpulan Kemaruk Hitam terpaksa bertahan dengan gaji yang tidak seberapa selama dua tahun. Ramai juga ahli kumpulan yang akhirnya keluar dan menyertai kumpulan lain. Selepas dua tahun, akhirnya Rafael menubuhkan KH Intelligence, sebuah peniagaan yang menjalankan perniagaan berasaskan keselamatan.

Ketika Rafael masih lagi mengelamun, bilik wad tiba-tiba dibuka dari luar.

"Bagaimana Rafael? Masih sakit lagi?" tanya Badrul sambil cuba mengambil kerusi berdekatan untuk duduk di sisi katil.

"Sudah semakin baik." Rafael menjawab ringkas.

"Saya sudah membuat laporan polis. Mereka akan datang ke sini nanti untuk siasatan lanjut," Badrul memberitahu.

"Terima kasih Bard," Rafael menganggukkan kepala tanda terima kasih. Badrul hanya tersenyum.

"Saya masih belum berjumpa dengan Randi. Dia tidak menjawab panggilan telefon dan sudah hampir dua minggu tidak pulang ke pejabat. " Badrul memberitahu.

"Itu biar aku sahaja yang uruskan," Rafeal cuba untuk mengangkat badannya tetapi kesakitan yang dialaminya membuatkan dia kembali berbaring. Badrul terkejut sedikit ketika Rafael menjerit kesakitan dan bangun dari kerusi, cuba membantu Rafael untuk kembali berbaring dengan selesa.

"Rafael, awak masih belum pulih sepenuhnya, ambil masa untuk berehat sampai pulih," Badrul seolah-olah memberi nasihat kepada ketuanya.

Setelah Rafael baring dengan selesa, Badrul duduk kembali ke kerusinya.

"Cuba ceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang sudah terjadi kepada Randi? Kenapa dia seolah-olah tidak berminat lagi untuk bekerja dengan KH Intelligent?" Badrul cuba mendapatkan maklumat. Rafael mendiamkan diri seketika.

"Perlukah saya dapatkan seorang pengawal keselamatan untuk awak?” Badrul bertanya sambil melihat reaksi Rafael. Rafael masih tidak mahu mengangkat mukanya.

“Patutkah saya keluarkan arahan tidak membenarkan Randi mendekati awak? Perlukah kita dedahkan semua ini kepada polis?" Badrul bertanya lagi. Malangnya Rafael masih membisu seribu bahasa. Badrul yang sudah agak bosan dengan perlakuan Rafael bangun dari tempat duduknya menuju ke jendela. Dia membuka langsir untuk membenarkan cahaya matahari masuk sambil melihat-lihat ke luar. Badrul masih berharap Rafael akan menjawab soalan-soalannya. Setelah agak lama menunggu Badrul kembali berdiri ke sisi katil Rafael.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Rafael akan bersetuju dengan cadangan Badrul?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience