Chapter 44

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 44

Somat telahpun menunaikan janjinya. Dia telah membuat penyelesaian hutang bagi pihaknya kepada Kumpulan Tali Merah dan dia menyertai latihan senjata yang dibuat oleh Somat. Tugas pertamanya bermula dengan pengumpulan maklumat mengenai Badrul yang sekarang telahpun menjadi orang kedua di KH Intelligent selepas Rafael.

Untuk tempoh sebulan, Randi diarahkan oleh Somat untuk memantau pergerakan Badrul setap hari untuk melihat aktiviti-aktiviti harian yang dilakukan olehnya. Hampir setiap minggu, pada masa lapang, Randi selalu melihat Badrul memasuki bangunan-bangunan dan memeriksa peti surat dan loker yang berada di bangunan-bangunan tersebut. Gambar-gambar yang diambilnya menunjukkan seolah-olah Badrul cuba mencari peti surat atau loker dan sering cuba membuka peti surat dan loker yang dijumpainya menggunakan sebentuk kunci yang sama. Selepas dia dia akan membuat catatan ke dalam sebuah buku kecil yang selalu dibawanya bersama di dalam dompetnya.

Dia masih ingat lagi, semasa dia mengambil Badrul di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Rafael mengatakan Badrul adalah anak seorang jutawan di Singapura yang mempunyai masalah dengan teman wanitanya dan terpaksa menghilangkan diri seketika. Setelah membuat kajian penuh, nyata sekali Rafael tidak memberikan maklumat penuh mengenai Badrul kepadanya. Melalui maklumat yang didapatinya, Badrul mungkin adalah suspek utam dalam kes kematian Natasha, teman wanitanya sendiri di Singapura. Teman wanitanya adalah salah seorang peguam yang menguruskan kes Duo Arms, kes rasuah pembelian senjata yang melibatkan ahli-ahli politik ternama beberapa buah negara di Asia Tenggara.

Pertemuan Badrul dengan Dato’ Murad beberapa hari lalu juga lebih mencurigakan. Dato Murad adalah salah seorang aktivis Hak Asasi Manusia yang bekerjasama dengan kerajaan Perancis untuk mendedahkan kes yang disiasat oleh Natasha. Semasa bertemu dengan Dato Murad di sebuah kedai makan, Randi nampak dengan jelas Badrul telah mengeluarkan kunci yang berada di dalam simpanannya dan menunjukkannya kepada Dato Murad, mungkin bertanya lokasi sebenar peti atau loker yang dicari. Walau apapun Randi pasti Badrul sedang mencari sesuatu yang sangat penting yang mungkin berada di dalam loker atau peti yang di cari.

Randi cuba mengingat kembali semua aktiviti-aktiviti harian yang dilakukan oleh Badrul ; pergi ke pejabat, berjumpa dengan pelanggan, beriadah, melawat premis perniagaan KH Intelligence yang lain dan bermacam-macam lagi. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman. Rasanya dia sudah mendapat akal bagaimana untuk mendapatkan kunci itu daripada Badrul. Randi menghabiskan secawan kopi yang dipesannya dan memanggil pelayan untuk membawa bil.

Badrul membuka pintu kondominium dan masuk ke ruangan tamu. Dia meletakkan kunci dan dompet di atas meja dan bersedia untuk menukar pakaian. Kondominium ini adalah milik KH Intelligence yang digunakan sebagai tempat untuk bermalam atau berkumpul sekiranya ada pekerja-pekerja KH Intelligent perlu bermalam di tengah-tengah bandaraya semasa tugasan.

…bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah caranya untuk Randi mendapatkan kunci loker tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience