Chapter 45

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 45

Badrul perlu memeriksa pangsapuri ini sebulan sekali untuk memastikan ia berkeadaan baik dan tidak ada pencerobohan berlaku. Seperti biasa Badrul akan akan bermalam di pangsapuri itu selama satu malam dan menggunakan semua kelengkapan kondominium yang ada seperti gimnasium dan kolam renang. Setelah menukar kepada pakaian mandi, Badrul keluar dari kondominium itu menuju ke kolam renang yang berada di tingkat lima.

Sebaik sahaja Badrul hilang dari pandangan, Randi dan seorang lagi pembantunya, Kabir keluar dari persembunyian dan cuba membuka pintu kondominium tersebut menggunakan kunci pendua yang dimilikinya. Ternyata Badrul belum lagi menukar kunci pintu kondominium itu.

Randi masuk ke ruang tamu dan terus mencari pakaian Badrul di dalam ketiga-tiga bilik kondominium tersebut. Mereka berjumpa dengan pakaian dan barang-barang peribadi Badrul di dalam bilik utama. Pakaian yang dipakainya tadi berselerakan di atas katil manakala dompet, kunci, jam tangan, telefon bimbit dan sedikit wang pula diletakkan di atas meja cermin. Sebuah beg galas diletakkan di atas lantai.

Randi terus menggeledah beg galas tersebut. Kabir pula menyeluk poket-poket seluar Badrul tetapi mereka belum bertemu lagi apa yang dicari. Randi cuba mendekati dompet yang dilihatnya di atas meja cermin. Kelihatan sebuah buku kecil yang sudah agak lusuh ketika dompet itu diangkat. Randi membuka buku kecil itu untuk membaca isi kandungan itu. Mulutnya mengukir senyuman. Inilah buku kecil yang dicari-carinya selama ini. Dia mengambil sebuah kamera kecil dari kocek seluarnya. Dia menyelak helaian-helaian buku kecil itu sambil menangkap gambar.

Pada masa yang sama Kabir membuka dompet yang berada di atas meja cermin itu dengan berhati-hati. Setiap ruangan yang ada dibuka dan diamati dengan teliti. Dalam salah satu ruangan dompet itu Kabir menemui sebentuk kunci berjenama Dirak.

"Randi. Ini dia!" Kabir menunjukkan kunci itu kepada Randi. Randi mengambil kunci itu dari tangan Kabir.

"Betul. Kunci ini yang kita cari." Jawab Randi. Kabir kemudiannya membuka beg berkotak yang dibawanya. Apabila beg itu dibuka, kelihatan berbagai bentuk kunci yang disusun rapi dan sebuah alat pengukur. Kabir adalah seorang pembuat kunci yang mahir, ditempah khas oleh Randi untuk tugasan hari itu. Kabir mencari-cari kunci yang hampir sama dan menyerahkannya kepada Randi.

"Nampak sama. Kita tukar," Randi menjawab sambil memasukkan kunci baru itu ke dalam ruangan dompet yang dipunya oleh Badrul. Mereka kemudiannya menyusun semula pakaian, beg galas, buku dan dompet itu kembali seperti asal dan bergerak keluar daripada kondominium itu dengan senyap.

* * *

Randi melihat sekali lagi gambar-gambar yang diambilnya di kondominium itu tadi. Sekarang dia sudah boleh membina semula catatan-catatan Badrul yang tertulis di dalam buku kecil itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Badrul akan mengetahui bahawa biliknya telah dicerobohi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience