Chapter 108

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 108

“But, we are together now, you tak boleh buat macam ni,” Sarah membantah.

“Im leaving this week,” Badrul menyambung. Kini dia benar-benar pasti dengan keputusannya.

“You know what? I am going to get a guy ten times better than you!” Sarah bangun dan menjerit ke arah Badrul. Masih dalam keadaan marah Sarah terus sahaja meluru keluar dari kedai itu. Badrul membiarkan sahaja Sarah beredar. Hatinya tidak ada langsung rasa simpati terhadap Sarah pada ketika itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello, Encik Badrul Hisham?” satu suara bertanya namanya.

“Ya, saya Badrul Hisham,” Badrul menjawab.

"Bard, saya dengar kes awak sudah selesai. Sekarang awak masih lagi di Singapura?" seorang lelaki bertanya di dalam talian.

"Ya, siapa ni?" Badrul membalas dengan pertanyaan.

"Ini Rajan. Aku dapat nombor telefon kamu dari pejabat bapa kamu. Bila nak berjumpa dengan kami di Kuala Lumpur," tanya Rajan sedikit ketawa.

"Tak taulah Rajan, kerja banyak ni. Mungkin minggu depan aku akan pergi ke Kuala Lumpur, Papa mahu membuka cawangan firma guamannya di sana. Kebelakangan ini kami banyak menerima kes daripada Kuala Lumpur, sudah tiba masanya kami buka satu pejabat di sana," jawab Badrul, juga sedikit tertawa.

"Aku dan Benji baru sahaja dapat tugasan dari seorang client. Kami perlukan seorang mastermind yang bagus macam engkau. Kita boleh jadi satu pasukan macam dahulu. Kerja-kerja ini lebih menarik daripada turun naik mahkamah seperti yang engkau buat sekarang," Rajan memberitahu hajatnya.

"Rajan, aku dah bersara! Aku mahu menjadi seorang peguam semula!" Bard menolak tawaran Rajan.

"Come on Bard, gaji setahun kerja kau jadi peguam tu, kau boleh dapat dalam masa sebulan buat kerja ni. Mr M ada tugasan baru untuk kita," Rajan menyambung. Bard berfikir seketika.

"Julia juga sudah setuju untuk membantu. Benji pula sentiasa ada masa untuk menjalankan tugas-tugas seperti ini," Rajan menyambung, cuba meyakinkan Badrul.

"Julia.." Kata-kata Badrul terhenti di situ seketika.

"Bila dengar nama Julia, baru tersedar!" Rajan ketawa.

"Kes apa pula kali ini? Apa rancangannya?" tanya Badrul semakin berminat.

"Kita hidupkan semula K4, pejabat KH Intelligence masih lagi beroperasi dan kita boleh bekerja dari sana. Mr M yang sangat puas hati dengan tugasan yang lepas, mahu kamu ketuai misi kali ini. Selebihnya kita berbincang minggu depan bila kamu ada di Kuala Lumpur," Randi menjawab.

"Baiklah Rajan, saya akan telefon awak nanti," Badrul membalas.

Pelayan restoran tiba dengan Nasi Goreng Cendawan yang dipesan. Makan nasi Goreng Cendawan bersama the ais membuatkan dia lebih mengingati Julia.

Badrul tersentak apabila dia terdengar gilai ketawa seorang gadis yang berada selang beberapa meja darinya.

…bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience