Chapter 80

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 80

"Saya mahu selesaikan kes terakhir bersama Rafael, kes Kapsul Ungu. Saya mahu selamatkan Julia dahulu. Dia secara tak sengaja terlibat dalam kes ini. Saya tak berjaya selamatkan Natasha, tapi saya mahu pastikan Julia tidak menemui nasib yang sama,” jawab Badrul sambil menghirup kopi yang dihidangkan.

“Krangg..”

“Kenapa tu Embok?” Jerit Nenek Leha sebaik sahaja mendengar bunyi dari ceruk dapur. Nenek Leha bangun dan menuju ke arah dapur, tempat Embok membuat kerja-kerja dapur.

“Kenapa Embok?” Nenek Leha bertanya sebaik sahaja nampak Embok di ceruk dapur.

“Kuali ini terjatuh Puan, saya rasa tempat gantungnya sudah patah,” Embok menunjukkan ke arah kuali tempat di mana kuali kecil itu selalu digantung. Nenek Leha melihat ke arah dinding kayu, tempat kuali itu selalu digantung.

“Nanti suruh saja Pak Seman betulkan selepas dia balik dari mencuci bangsal,” Nenek Leha memberi arahan.

“Baiklah Puan,” Embok menjawab.

“Kamu tak apa-apa kan?” Tanya Nenek Leha cuba memastikan keadaan Embok, orang gaji yang baru sahaja bekerja di situ.

“Tidak ada apa-apa Puan,” Embok menjawab.

Nenek Leha berjalan kembali ke meja makan. Embok yang baru sahaja bekerja di rumah itu minggu lepas selalu sahaja mempunyai masalah di dapur.

“Sambung balik cerita Bard, kuali terjatuh di dapur sana tu tadi,” Nenek Leha memberitahu.

“Saya perlu serahkan sejenis kapsul kepada pelanggan kami di sebuah stesen minyak di Rengit esok, pukul lima petang. Kapsul ini menjadi rebutan antara saya dan Randi. Kemudian saya akan pulang ke Kuala Lumpur dan cari loker itu sampai dapat," jawab Badrul selepas meneguk sedikit lagi kopi yang dihidangkan.

"Baiklah Bard, cakap sahaja kalau kamu memerlukan bantuan apa-apa nanti," Nenek Leha menjawab sambil memegang pergelangan tangan Badrul.

Julia terus melangkah masuk ke dapur dengan senyuman. Dia kemudiannya terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Nenek Leha sambil mencium tangannya. Julia sempat melemparkan jelingan tajam ke arah Badrul. Badrul hanya mengangkat kening.

"Makan Julia. Lepas ni nenek akan bawa kamu berjalan-jalan lagi, nak harapkan Badrul ni, entahlah. Lagipun kamu berdua ni asyik bergaduh saja," Nenek Leha menjeling ke arah Badrul.

"Bukan saya yang mulakan Nek, memang Bard yang selalu mulakan dulu," jawab Julia sambil menjeling ke arah Bard.

"Eh.. !" Badrul membeliakkan matanya ke arah Julia.

"Sudah tu! Bard, kamu ambil jip dan pergi ke pekan, beli barang sikit. Ini senarai barang yang kamu kena beli," Nenek Leha menghulurkan sekeping kertas dan sedikit wang kepada Badrul.

"Baiklah Nek, saya pergi dahulu," Badrul bangun dan keluar melalui pintu dapur.

******

Embok melalui denai di tepi hutan. Matanya galak memerhatikan sekeliling kalau-kalau ada sesiapa yang melihatnya masuk ke kawasan itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Embok bimbang tingkah lakunya diperhatikan? Apa yang ingin dibeli?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience