Chapter 71

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 71

Badrul mempunyai ketinggian dan susuk badan yang sederhana. Dia jarang senyum, bukan seperti beberapa orang yang dikenalinya sentiasa murah dengan senyuman. Daripada lirikan matanya, nampak jelas dia adalah seorang lelaki sangat berhati-hati dan pada masa yang sama penuh dengan misteri dan mungkin juga sukar untuk didekati. Muka bujur, berkulit cerah dan mempunyai dagu sedikit terbelah. Matanya yang jernih berwarna coklat jelas menampakkan keupayaan berfikir yang tinggi. Benarlah segala apa yang difikirkannya selama ini, Badrul adalah lelaki misteri.

“Julia!’ suara Professor Aminah memanggilnya. Lamunannya terhenti. Dewan itu sudah kosong rupanya.

“Semua orang dah balik. Baliklah Julia, pergi berehat. Kalau masih ada masalah, jumpa Dr. Latifah,” Professor Aminah memberikan nasihat. Julia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

Sebaik sahaja Professor Aminah berlalu, Julia mencapai telefon bimbitnya cuba menelefon Dr. Latifah, kawan baiknya, seorang graduan Psikologi. Dia berjalan keluar dari dewan sambil menunggu jawapan.

"Hello Julia," Dr. Latifah menjawab.

"Hello, Lat. Awak sibuk?" tanya Julia sambil berjalan keluar dari bilik seminar.

"Dah sampai rumah. Bagaimana dengan seminar, sudah habis?" Tanya Latifah.

"Belum lagi, speaker terakhir, sekejap lagi akan habis. Saya cuma nak bercakap dengan awak sekejap?" jawab Julia.

"Pasal apa? Pasal Bard ker?"

"Eh. Macam tau-tau pulak," Jawab Julia

"Saya dah kenal awak lama, lebih sepuluh tahun. Awak boleh selesaikan semua masalah kecuali satu, pilihan hati!" Jawab Latifah sambil tertawa kecil.

"Saya baru sahaja berjumpa dengan Randi."

"Siapa pulak Randi ni?"

"Randi adalah lelaki yang bermusuhan dengan Bard," sambung Julia.

"Apa sebabnya mereka bermusuhan? Kenapa pula Randi berjumpa dengan awak, Ju?"

"Sebab Bard telah membunuh Rafael."

"Siapa pula Rafael ni?" Tanya Dr. Latifah kehairanan.

"Rafael ni ketua KH Intelligence," jawab Julia

"Ha! KH Intelligence? Kumpulan apa ni Ju?" Dr. Latifah semakin bingung.

"Begini Lat, Rafael adalah ketua KH Intelligent. Bard adalah seorang penyiasat, mungkin perisik, dia bekerja dengan Rafael dan telah membunuh Rafael dengan Thallium. Randi pula adalah anak kepada Rafael dan dia mahu saya tolong tangkap dia," jawab Cuba meyakinkan Dr. Latifah.

"Ju! Shamsul baru meninggal dunia empat bulan lalu. Saya tahu berita itu sangat mengejutkan semua orang terutama awak, Ju. Awak akan jumpa orang lain!" Dr. Latifah akan menjawab dengan nada yang agak kasar.

"Ini bukan mengenai Shamsul, ini benar-benar terjadi Lat," Julia cuba meyakinkan Dr. Latifah.

"Julia, bertenang! Bard adalah seorang penyelenggara bangunan. Dia bukan perisik. Shamsul pula terbunuh dalam kemalangan, bukan dibunuh seperti yang selalu awak ceritakan. Tak mengapa Julia, nanti saya akan minta pembantu saya, Samsinar telefon awak untuk rawatan lanjut di hospital," Dr. Latifah tidak memperdulikan kata-kata Julia.

"Lat, ini semua benar-benar terjadi Lat," Julia masih cuba meyakinkan.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah Julia berhalusinasi? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience