Chapter 58

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 58

"Doktor kata awak cuma perlu berehat. Tidak ada kecederaan serius," Bard cuba memberikan senyuman walaupun hatinya masih ragu-ragu dengan apa yang telah terjadi.

"Bard, saya takut.." Julia menarik lengan baju Badrul dengan perlahan. Hati Badrul semakin berdebar setiap kali Julia cuba mendekatinya.

"Jangan risau Julia, saya akan pastikan awak selamat!" Badrul cuba menyakinkan Julia. Badrul mengambil tangan kiri Julia dan memegangnya dengan kedua-dua tangannya, sesuatu yang selalu dilakukannya ketika Natasha berada di dalam keadaan tidak selesa dahulu. Jari-jari Julia yang halus dan lembut membuatkan Badrul begitu asyik. Keadaan Julia yang sangat lemah juga membuatkan hati Badrul berasa begitu kasihan. Badrul mengangkat tangan Julia dan mengucupnya sekali sebelum meletakkannya kembali. Mata Julia tertutup rapat, masih lagi belum mengatasi ubat pelali yang diberikan oleh doktor.

Telefon bimbit Badrul tiba-tiba berbunyi. Nombor yang dilihatnya tidak dikenali.

"Hello" Badrul menjawab dan terus keluar dari bilik wad Julia.

"Tembakan itu sebenarnya untuk engkau Bard, sebagai amaran!" satu suara yang amat dikenalinya kedengaran menusuk ke dalam telinga.

"Randi! Apa dah jadi dengan Benji dan Rajan?" Badrul membalas dengan pertanyaan yang agak kasar.

"K4 telah dibubarkan. Ada orang baru yang akan mengambil alih kes Kapsul Ungu," Randi menjawab ringkas.

"Atas arahan siapa?" tanya Badrul tanda tidak puas hati.

"Rafael sudah mati. Aku ambil alih semua operasi KH Intelligence sekarang. Kau tak ada kuasa lagi sekarang Bard. Dan aku tak mahu tengok muka kau dalam kumpulan aku lagi!" Randi menyampaikan kata-kata ini dengan penuh rasa benci dan terus memutuskan panggilan.

Jantung Bard bagaikan terhenti. Dia tahu Randi memang sedang berusaha untuk merampas kuasa dari bapanya, Rafael untuk menjadi ketua tetapi dia tidak menjangka Randi akan bertindak sepantas ini.

Randi cuba menghubungi beberapa pekerja KH Intelligence, cuba untuk mendapatkan maklumat. Lima orang pekerja yang cuba dihubunginya tidak menjawab panggilan. Badrul duduk di ruang menunggu seketika, mahu berfikir dengan tenang apakah tindakan seterusnya.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Randi, bahawa Rafael sudah mati, dia hampir pasti tidak ada gunanya lagi dia kembali ke KH Intelligence. Mungkin dia boleh meninggalkan kes Kapsul Ungu begitu sahaja. Dia tidak perlu berlakon di hadapan Julia lagi. Dia juga boleh angkat kaki dan pergi ke mana- mana dia suka sekarang. Mungkin juga dia boleh menggunakan seluruh masa dan tenaganya untuk mencari loker misteri dan menyelesaikan semua masalah di Singapura

Badrul bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia mahu makan tengahari di kafeteria dan akan masuk semula ke dalam wad Julia untuk mengucapkan selamat tinggal. Sebelum pergi dia harus menatap wajah Julia untuk kali terakhir, walaupun seketika.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah tindakan Badrul seterusnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience