Chapter 24

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 24

Ketika pertarungan semakin sengit seorang lelaki mendekati Badrul di tepi gelanggang.

"Rajan akan kalah! Dia memang kuat tapi dia kurang berfikir," lelaki itu menegur Badrul dengan komen yang tidak dipersetujui oleh Badrul.

"Rajan nampak bengis dan banyak tenaga," Badrul membalas komen lelaki itu.

"Nama saya Benji. Kamu ni tak nampak macam gangster, bagaimana kamu boleh masuk ke dalam kumpulan ini?" Benji memperkenalkan diri sambil bertanya.

"Rafael kenalan bapa saya," Badrul menjawab.

"Kamu tahukan, kalau kali pertama datang ke pertandingan ini apa kamu patut buat?" Benji bertanya kepada Badrul sambil membelakangi gelanggang. Pada masa yang sama Rajan sudahpun berjaya mengalahkan Semail dan Randi sudah mengumumkan Rajan sebagai pemenang.

"Buat apa?" Badrul mengerutkan dahinya sambil melihat-lihat ke arah sekeliling.

"Sekarang kita lihat Bard dan Rajan bertanding!!" Randi tiba-tiba mengumumkan perlawanan antara Badrul dan Rajan, sesuatu yang langsung tidak disangka oleh Badrul akan berlaku. Badrul melopong sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil.

"Jangan risau Bard, kamu cuma perlu buatkan dia penat. Bila dia penat, dia akan kalah! Kamu boleh Bard!!" Benji menjerit sedikit apabila beberapa orang ahli kumpulan tersebut mula menarik tangan dan badannya dan melontarnya ke dalam gelanggang.

Badrul menjadi semakin panik. Dia cuba berdiri dengan tegak, mengacah-acah Rajan agar dia meluru ke arahnya. Dalam keadaan terdesak sebegitu dia terpaksa mengikut nasihat Benji, cuba mencari jalan bagaimana untuk membuatkan Rajan menjadi penat.

Setelah diacah berkali-kali, Rajan meluru ke arah Badrul dengan penuh tenaga. Walaupun Badrul agak terkejut, dia sempat mengiringkan badannya untuk mengelak serangan Rajan yang bagaikan tandukan lembu matador. Rajan tersungkur ke tanah. Badannya yang besar dan tegap itu mengerekot kesakitan. Dia berguling beberapa kali sebelum bangun semula untuk menyerang Badrul sekali lagi. Badrul menerima sorakan semangat. Ada yang menepuk-nepuk belakang Badrul apabila dia bergerak ke tepi gelanggang.

"Bagus Bard! Kamu buat dia jatuh dua kali sahaja lagi, dia pasti jadi penat dan tak mampu berlawan dengan kamu lagi Bard," Benji sempat memberi nasihat kepada Badrul sebelum ahli-ahli kumpulan itu menolaknya ke tengah gelanggang semula. Rajan yang sudah berdiri dengan tegak mula mengambil posisi untuk menyerang lagi. Kedengaran nama Badrul dan Rajan disebut-sebut untuk menaikkan semangat mereka untuk bertarung lagi.

Badrul memasang kuda-kuda, kali ini dia tidak mahu mengelak serangan Rajan. Dia mahu menerima serangan Rajan dan mematahkannya dengan ilmu pertahanan diri yang dipelajarinya semenjak dia berumur empat tahun. Badrul melihat susuk tubuh Rajan yang sasa itu dari jauh. Rajan mempunyai kaki yang agak kecil berbanding bahagian badannya yang berotot besar.

...bersambung

Bab akan datang:

Mampukah Badrul mengalahkan Rajan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience