Chapter 56

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 56

"Saya tengok luka awak sudah baik sedikit." Julia memerhati beberapa garisan luka di muka Badrul.

"Oh. Jangan risau. Saya dah rasa sihat sekarang," jawab Badrul.

"Saya sudah buat laporan polis,” ujar Julia sambil menarik sedikit rambutnya yang jatuh menutupi matanya ke telinga.

“Awak pandai berlawan. Mesti saya kena cekup kalau awak tidak ada malam itu. Dari mana awak belajar semua kemahiran tu?" Tanya Julia memulakan perbualan

"Saya sekarang bekerja dengan sebuah agensi keselamatan. Semua tu saya dapat latihan," jawab Badrul ringkas. Keadaan senyap seketika.

“Menarik. Awak jadi spy macam James Bond?” Julia bertanya satu soalan yang agak melucukan.

“Taklah. Syarikat itu menyediakan khidmat perundingan keselamatan seperti bodyguard,” jawab Badrul sambil sedikit ketawa. Hatinya berasa sangat selesa berbual-bual dengan Julia hari itu.

“Jadi, memang cita-cita awak mahu menjadi bodyguard sejak kecil lagi?” Tanya Julia lagi.

“Taklah, saya nak jadi peguam,” jawab Badrul ringkas.

"Bagaimana dengan kerja? Awak sudah mulakan kajian baru?” Badrul menyambung, cuba untuk mengalih topik.

“Ya, saya sudah diserap ke dalam kumpulan kajian baru,” jawab Julia sambil membetulkan kerusinya sedikit.

“Masih lagi mengkaji Kapsul Ungu? Saya ada dengar cerita tentang Dr Asri yang hilang semasa saya bekerja di Lombard Lab. Saya rasa dia bekerja dengan awakkan? Kajian Kapsul Ungu?" Badrul cuba membawa perbualan mereka ke arah kes yang sedang diselesaikannya sekarang,

“Banyak yang awak tahu mengenai saya,” komen Julia sambil menjeling ke arah Badrul.

"Ya, betul. Dia mengetuai kajian yang kami jalankan. Bagaimana awak tahu mengenai Kapsul Ungu?" Julia bertanya kembali.

"Saya ada terbaca mengenai letupan kecil di makmal yang disebabkan oleh Projek Kapsul Ungu. Saya ada terbaca salah satu laporan semasa saya bekerja di sana. Adakah projek itu masih diteruskan?" Badrul betul-betul mahu mendapatkan maklumat tersebut.

"Projek Kapsul Ungu tiba-tiba ditamatkan oleh pihak atasan setelah kehilangan Dr Asri. Sudah lebih sebulan dia tidak ditemui setelah menghadiri satu seminar di Sweden." Julia menjawab.

"Tak mungkin dia hilang begitu sahaja. Mesti ada sesuatu yang telah berlaku, mungkin ada pihak yang cuba mendapatkan pengetahuan Projek Kapsul Ungu daripada Dr Asri. Mungkin juga mereka yang serang awak hari itu juga mahukan maklumat itu," ujar Badrul.

"Mungkin juga!" jawab Julia menanggukkan kepalanya sedikit.

"Sebenarnya saya ada menerima beberapa panggilan untuk membeli sampel Kapsul Ungu. Tapi malangnya semua sampel Kapsul Ungu telah dimusnahkan oleh pihak pengurusan Lombard Lab." Julia memberitahu.

"Saya rasa mungkin masih ada lagi sampel Kapsul Ungu yang masih belum dimusnahkan, sebab itulah mereka cuba menculik awak hari itu. Cuba awak fikir betul-betul. Jika secara formal, semua sampel itu telah dimusnahkan, siapa lagi yang ada akses kepada Kapsul Ungu dan mungkin menyimpan sedikit sampel?" Badrul terus bertanya.

…bersambung

Bab akan datang:

Mungkinkah Kapsul Ungu belum dimusnahkan sepenuhnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience