Chapter 12

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 12

Badrul tersenyum sedikit dengan jawapan Natasha tetapi dia tidak mahu menunjukkan rasa geli hatinya kepada Natasha. Dia memalingkan muka ke arah bertentangan, membelakangi Natasha sambil menjeling sedikit ke arah Natasha.

“Kalau perempuan tu tumbuk Tasha balik, bagaimana?” Badrul membalas dengan nada yang perlahan, masih mahu menunjukkan rasa rajuk hatinya.

“Tasha akan lawan hingga ke titisan darah terakhir! Sekurang-kurangnya Bard tahu Tasha sayangkan Bard, walaupun Tasha mungkin tidak hidup lagi nanti,” Natasha menjawab dengan lancar sambil memegang bahu Badrul dari belakang. Entah mengapa sentuhan Natasha ketika itu benar-benar membuatkan hatinya rasa terharu. Badrul lantas berpusing dan menggengam erat tangan Natasha. Ibu jari kanan Badrul menyentuh lembut bibir Natasha.

“Tasha, kita akan hidup bersama sehingga ke anak cucu,” Badrul mula membelai rambut Natasha.

“Jangan sebut lagi…” Sambung Badrul sambil memberikan sebuah pelukan yang sangat erat kepada Natasha.

“Sensitif la you ni! Tasha main-main je lah,” Natasha cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Badrul. Sebaik sahaja Natasha berjaya melepaskan diri dia terus menjerit.

“Cubalah kejar kalau boleh!!” Natasha terus berlari memasuki bangunan Shaw House meninggalkan Badrul terkapai-kapai sendirian. Badrul cuba mengejar Natasha tetapi Natasha terus berlari. Akhirnya Badrul berjaya menarik tangannya berhampiran tangga bergerak di dalam kompleks membeli-belah tersebut.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah impian Badrul dan Natasha untuk hidup bersama akan tercapai?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience