Chapter 57

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 57

"Entahlah Bard. Tetapi selama saya mengenali Dr Asri dia sentiasa mempunyai back up plan. Banyak perkara yang pernah kami bincangkan, apa nak buat kalau tiba-tiba dana kajian dihentikan, apa nak buat kalau kajian pertama ini tidak mendatangkan hasil, apa nak buat kalau..." Kata-kata Julia terhenti di situ seketika.

"Kalau apa Julia?" Badrul bertanya dengan penuh minat. Julia memandang muka Badrul dengan pandangan was-was. Badrul dapat merasakan Julia tidak mahu meneruskan ceritanya.

"Julia, semalam, ada orang yang cuba membunuh awak. Awak perlu lindungi diri awak. Mereka pasti akan datang mencari awak lagi. Mungkin saya juga sudah menjadi sasaran mereka setelah apa yang berlaku tempohari." Badrul cuba memujuk.

"Saya tak tahu Bard. Mungkin betul apa yang awak katakan..!!" Julia mengeluh berat. Ketika Julia memandangnya dengan pandangan yang penuh kerisauan, Badrul terdengar bunyi decitan tayar sebuah kereta yang dirasakan hampir dengan mereka. Sebuah kereta berwarna hitam yang tiba-tiba muncul di selekoh berdekatan memecut dengan laju. Badrul mengenali kereta tersebut, sebuah kereta kepunyaan Randi yang selalu digunakan oleh KH Intelligence.

Kereta itu terus memecut laju dan lalu berdekatan dengan meja makan mereka. Badrul dapat melihat dengan jelas seorang lelaki berkacamata hitam mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan satu das tembakan ke arah mereka berdua.

Cepat-cepat Badrul menarik lengan Julia dan menundukkan kepala. Sepantas kilat Julia jatuh dari tempat duduknya. Kelihatan darah merah mengalir dari tubuh Julia yang kaku.

Badrul masih lagi duduk di kerusi bersebelahan katil hospital yang dibaringi oleh Julia. Hatinya ngilu bagaikan ditusuk sembilu melihat Julia masih lagi belum sedar. Sudah banyak kali Badrul berfikir, seingatnya dia tidak pernah merancang supaya Julia ditembak. Kereta yang dipandu adalah kereta milik KH Intelligence tetapi penembak itu tidak pernah dilihatnya selama ini. Sekali lagi dia cuba membuat panggilan kepada Benji dan Rajan tetapi kedua-duanya tidak menjawab. Selama lima jam yang lepas sudah hampir dua puluh panggilan dibuat oleh Badrul untuk bercakap dengan ahli kumpulan K4 tetapi satu pun tidak berjawab.

"Arrghh.." lamunan Badrul terhenti ketika Julia mula sedar dan sedikit merintih.

"Julia!" Badrul memanggil nama Julia sekali. Julia menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali secara perlahan seperti mengalami mimpi buruk.

"Juliaaa!" Badrul memanggil nama Julia sekali lagi, kali ini lebih panjang dan keras sambil memegang kedua-dua lengan Julia. Julia tiba-tiba terjaga.

"Bard..!" Julia memanggil nama Badrul dengan perlahan. Matanya tidak terbuka penuh.

"Di mana ni Bard?" tanya Julia sambil melihat ke sekeliling. Badannya masih lemah.

"Hospital. Tadi awak kena tembak. Mujurlah peluru itu hanya bergeser dengan lengan awak," Badrul menjawab sambil memerhati ke arah lengan kanan Julia . Julia meraba-raba lengan kanannya.

…bersambung

Bab akan datang:

Siapa yang menembak Julia? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience