Chapter 87

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 87

“Selamat malam, Bard,” Julia bersuara.

“Selamat malam Julia,” Badrul membalas dan terus masuk ke dalam biliknya.

Julia membuka pintu biliknya perlahan-lahan sambil bersedia untuk membuka kasut. Dia menolak daun pintu ke dalam dan masuk perlahan-lahan mencari suis lampu. Tiba-tiba dia terasa lehernya ditarik ke dalam. Julia cuba menjerit memanggil Badrul tetapi mulut dan hidungnya ditekup dengan kain yang mempunyai bau yang amat kuat hingga menusuk hidung. Julia menggelupur seketika. Hidungnya terasa sakit. Matanya pula terasa semakin berat. Bau yang kuat itu telah membuatkan dia lemah longlai. Pandangannya semakin kabur dan lama-kelamaan menjadi gelap.

******

Sudah berkali-kali Badrul cuba untuk mendail nombor telefon bilik Julia tetapi tidak berjawab. Dia mahu mengajak Julia untuk bersarapan pagi, atau mungkin makan tengahari kerana hari sudahpun menjangkau pukul sebelas pagi.

Setelah siap berpakaian, Badrul keluar dari bilik dan cuba mengetuk pintu bilik yang didiami oleh Julia. Sekali ketuk sahaja, pintu itu sudah renggang. Badrul berasa tidak sedap hati.

“Julia!” Badrul memanggil keras nama Julia. Dia masuk ke dalam bilik perlahan-lahan untuk mencari Julia. Katil yang ada di bilik itu nampak agak kemas, seolah-olah Julia tidak tidur di situ malam tadi.

“Julia!” sekali lagi Badrul memanggil keras nama Julia. Badrul kini memeriksa bilik air dan almari pakaian dengan berhati-hati, cuba mencari apa-apa petanda yang boleh memberitahu di mana Julia. Beg pakaian yang dibawa oleh Julia masih berada di dalam almari pakaian, barang-barang kelengkapan peribadi seperti sikat, dompet. Telefon bimbit dan bedak masih ada di meja berhadapan cermin. Hati Badrul kuat mengatakan Julia mungkin menghadapi masalah.

Badrul memeriksa lagi setiap inci bilik itu. Di tepi pintu bilik, Badrul ternampak sebuah tuala kecil berwarna gelap, tidak sama dengan tuala rumah tumpangan tersebut. Badrul mengambil tuala itu dan cuba memeriksa. Subang emas yang selalu dipakai oleh Julia jatuh dari lipatan tuala kecil tersebut. Darah Badrul tersirap. Tuala itu berbau bahan kimia yang sangat kuat hingga menusuk ke hidungnya.

“Ubat pelali,” perkataan itu keluar dari bibirnya secara tidak sengaja. Badrul membuat kesimpulan Julia mungkin sudah ditekup dengan tuala yang diletakkan ubat pelali, dia pengsan dan mungkin diculik.

Lekas-lekas Badrul memeriksa dompet Julia yang berada di atas meja. Wang tunai melebihi seratus ringgit masih ada di dalam dompet itu. Ternyata penculikan ini bukan bermotif curi. Badrul bergegas turun ke lobi. Dia nampak Pakcik Samad baru sahaja keluar dari ruang legar rumah tumpangan itu menuju ke arah motorsikal yang di letakkan berhampiran.

“Pak Samad!” Badrul meluru keluar. Pakcik Samad yang ketika itu baru sahaja mahu memakai topi keledar, terpinga-pinga melihat Badrul berlari ke arahnya.

…bersambung

Bab akan datang:

Siapa yang menculik Julia? Apa motif sebenar dia diculik?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience