Chapter 39

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 39

"Begini Badrul, saya sangat bersimpati dengan Rafael. Saya datang ke sini pun kerana Rafael adalah kawan baik saya dan saya rasa pada waktu sekarang hanya awak yang boleh menyelesaikan masalah ini," Zamani memulakan cerita dengan menarik nafas yang panjang.

"Saya tak tahu bagaimana untuk bermula," Zamani menambah.

"Apa sebenarnya yang telah berlaku antara Randi dan Rafael, Encik Zamani?" Badrul bertanya dengan nada ingin tahu.

"Randi sebenarnya banyak melakukan kerja-kerja haram yang tidak disukai oleh Rafael. Contohnya peras ugut, jual dadah dan menyeludup barang. Enam bulan lepas ,dia telah memulakan aktiviti perjudian haram di kawasan selatan Malaysia dan dia telah terlibat dengan pergaduhan kerana aktiviti perjudian haram tersebut baru-baru ini," Zamani memulakan ceritanya. Badrul mengangguk.

"Randi telah meminta bantuan Rafael untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya tetapi Rafael tidak mahu membantu. Rafael tidak mahu terlibat dengan aktiviti-aktiviti haram." Zamani menyambung.

"Orang bawahan saya juga mendapat maklumat yang sama," Badrul memintas.

"Kerana kesukaran yang dihadapi oleh Randi, dia telah dipertemukan dengan Somat," sambung Zamani.

"Siapa Somat?" Badrul bertanya.

"Somat adalah kisah lampau yang menghancurkan segala-gala kepercayaan Randi terhadap Rafael," Zamani bercerita sambil mengeluh.

"Semasa saya menjadi Inspektor polis dahulu, Rafael adalah seorang pemberi maklumat. Dia telah membantu saya untuk melumpuhkan satu sindiket penyeludupan yang diketuai oleh Somat dan Patrick Chin. Semasa pertempuran dengan polis Patrick Chin dan isterinya Michelle telah meninggal dunia dan Somat telah disumbatkan ke dalam penjara," Zamani berhenti seketika untuk mengambil nafas.

"Somat pula, setelah lebih 20 tahun dalam penjara, dia telah dibebaskan dua bulan lepas." Zamani menyambung.

"Apa kaitan Somat,Patrick Chin, Michelle, Rafael dan Randi?" Badrul bertanya.

"Semasa dia menjadi pemberi maklumat, Rafael bekerja dengan Patrick Chin dan Somat. Randi pula adalah anak kepada Patrick Chin dan Michelle." Zamani menjawab.

"Randi adalah anak kepada Patrick Chin?" Badrul sedikit terkejut.

"Betul. Apabila Somat keluar dari penjara, dia telah bertemu dengan Randi dan kini Randi sudah tahu siapa yang menjadi dalang pembunuhan ibu-bapanya," Zamani menyambung.

"Jadi, Rafael yang menyebabkan ibu-bapa Randi terbunuh? Randi dapat tahu dan dia telah cuba melanggar Rafael, untuk membalas dendam?" tanya Badrul.

"Saya rasa itulah yang berlaku. Saya juga berpendapat mungkin Randi telah bergabung tenaga dengan Somat setelah Rafael tidak mahu membantu dia menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Walaupun dia sudah lebih dua puluh tahun dalam penjara, Somat masih mempunyai kenalan yang boleh membantunya kembali aktif. Saya rasa awak patut megetatkan kawalan keselamatan kepada Rafael. Dia mungkin berada dalam bahaya." Zamani memberi cadangan. Badrul terdiam seketika.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Badrul akan bersetuju dengan cadangan Zamani?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience