Chapter 10

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 10

Hati Natasha mula terasa berdebar-debar. Cepat-cepat Natasha meletakkan kunci itu ke dalam tas tangannya.

"Cik, saya pegawai polis khas. Lelaki itu tadi sudah lama kami cari. Dia ada cakap apa-apa pada Cik?" lelaki itu bertanya sebaik sahaja duduk di sebelah Natasha.

"Tidak ada, cuma kata-kata pemikat seorang lelaki yang mungkin kesunyian. Saya pun tak layan" jawab Natasha sambil tunduk memandang ke lantai.

"Cik pasti? Mungkin dia ada cakap apa-apa yang mencurigakan? Mungkin dia ada bagi sesuatu pada Cik?" lelaki itu mencuba lagi. Natasha melemparkan pandangannya ke arah lain, sengaja mahu membuatkan lelaki itu berasa tidak selesa.

"Maaf, saya tak nampak lencana awak. Betulkah awak ini polis?" Natasha cuba mengubah tajuk perbualan. Lelaki itu kemudian menghulurkan lencananya kepada Natasha. Natasha memberikan senyuman sindiran.

"Awak sekarang berada di tanah Singapura. Pihak Polis Malaysia tidak ada kuasa di sini," jawab Natasha lantas bangun dan berlalu menuju ke kaunter teksi lapangan terbang.

Kini dia semakin yakin dengan kata-kata Akhbar, dia perlu mempertimbangkan semula keputusannya untuk menguruskan kes Duo Arms.

Badrul mengerling ke arah jam tangannya, sudah hampir pukul lapan setengah malam tetapi Natasha masih lagi belum sampai. Bard memeriksa telefon bimbitnya kalau-kalau Natasha ada meninggalkan pesanan ringkas. Langsung tidak ada.

...bersambung

Bab akan datang:

Berjayakah Natasha menyelamatkan dirinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience