Chapter 5

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 5

Natasha meminta bantuan salah seorang kerani di pejabat HURIMA untuk memanggil teksi untuk dia pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Teksi yang dipanggil tiba sepuluh minit kemudian.

Semasa menaiki teksi, kata-kata Dato' Murad mengenai Akhbar masih lagi bermain-main di kepalanya. Sudah tiga tahun Natasha mengenali Akhbar, seorang peguam kanan yang benar-benar komited terhadap tugasnya dan mempunyai peluang yang sangat cerah di Sawyer & Ferguson. Natasha sendiri berasa pelik mengapa Akhbar boleh membuat keputusan untuk meninggalkan segala-gala yang diusahakannya secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang munasabah dan berpindah ke Dubai. Natasha juga bersetuju dengan Dato' Murad. Ada yang tidak kena!

Natasha tersentak semasa teksi yang dinaikinya tiba-tiba dibrek secara mengejut. Pemandu teksi menyumpah-nyumpah seorang lelaki bermotosikal yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelah kiri kereta lalu memecahkan cermin sisi kirinya. Natasha berasa sedikit cemas. Dia memperhatikan nama pemandu teksi tersebut pada maklumat pengenalan pemandu yang dilekatkan pada dashboard teksi tersebut. Nama pemandu itu adalah Ghaous.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah Natasha sedang diintip seseorang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience