Chapter 17

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 17

"Mimpi buruk lagi?" Badrul bertanya apabila Natasha sudah sedikit tenang. Natasha hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja. Riak mukanya masih dalam ketakutan.

"Saya temankan awak masuk," Badrul keluar dari kereta bersama Natasha dan mengiringinya masuk ke pangsapuri.

"Terima kasih Bard!" ucap Natasha sambil memegang lengan Badrul. Natasha selalu didatangi mimpi-mimpi buruk semenjak awal perkenalan mereka lagi, selalunya mimpi-mimpi ini datang ketika Natasha rasa tertekan.

Semasa mereka masih lagi menuntut di luar negara, ada kalanya Badrul terpaksa menemani Natasha semalaman untuk menghilangkan rasa takut Natasha terhadap mimpi-mimpinya. Badrul pernah membawa Natasha berjumpa dengan pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan beberapa tahun lepas. Semenjak itu, mimpi-mimpi buruk Natasha banyak berkurangan.

Sebaik sahaja masuk ke dalam pangsapuri, Badrul terus duduk di ruang tamu dan mula menonton televisyen sambil menunggu Natasha habis mandi. Niatnya mahu berada di pangsapuri itu sehingga Natasha tidur nyenyak, seperti yang selalu dilakukannya dahulu setiap kali mimpi-mimpi buruk Natasha muncul.

"Awak nak minum apa-apa?" Natasha keluar dari biliknya bertanya. Natasha sudahpun memakai kemeja tidur sambil mengelap rambutnya yang separa basah.

"Tak mengapa Tasha, saya nak tengok tv dulu. Nanti saya ambil sendiri," balas Badrul sambil melemparkan senyuman. Natasha terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Badrul kemudian mencari-cari saluran yang menayangkan rakaman perlawanan bola sepak English Premier League yang tidak sempat ditontonnya semalam. Rakaman perlawanan baru sahaja bermula, antara Manchester United dan Liverpool. Nampaknya Badrul akan duduk lebih lama di pangsapuri Natasha malam itu!

"Kringg..."

Badrul terjaga dengan satu deringan telefon. Badannya masih terasa lesu kerana berjaga hingga ke lewat pagi. Kes barunya, saman ke atas Neutron Pharmaceuticals, masih memerlukan banyak kajian sebelum dia boleh berbincang semula dengan anak guamnya.

"Kringgg..." Sekali lagi deringan telefon kedengaran.

"Hello..." Badrul mencapai telefon tersebut lalu menjawab. Suaranya masih tersekat-sekat kerana tidurnya terganggu.

"Encik, ini wake up call pukul 6.30 pagi seperti yang Encik minta," satu suara yang manis kedengaran di talian.

"Terima kasih," Badrul menjawab sambil duduk bersandar di kepala katil. Dia menggosok-gosokkan matanya. Badrul melihat beberapa buah fail berselerakan di bilik hotel. Dia menguatkan hatinya untuk bangun sembahyang subuh walaupun matanya masih mahu terus tidur.

Selepas sembahyang subuh, Badrul terlelap seketika.

...bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah keadaan Natasha selepas Badrul meninggalkannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience