Chapter 103

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 103

“Maaf Julia, saya tak dengar tadi,” Badrul bertanya sebaik sahaja dia membuat pembayaran.

“Err… Jari saya tersepit,” Julia menjawab sambil menunjukkan jari kelingkingnya kepada Badrul. Badrul memegang jari kelingking Julia untuk melihat dengan jelas.

“Nampak ok. Tak luka pun,” jawab Badrul sambil melepaskan jari Julia. Badrul menyerahkan sekeping tiket bas ekspres kepada Julia.

“Bas ini akan terus ke Kuala Lumpur, bertolak dalam masa setengah jam lagi,” Badrul memberi penerangan.

“Setengah jam lagi?” Tanya Julia dengan nada terkejut.

“Ya, bas yang akan saya naiki ke Singapura juga akan bertolak dalam masa setengah jam lagi,” Badrul menunjukkan tiketnya kepada Julia sambil berjalan tanpa tujuan. Tiba-tiba Julia mematikan langkahnya.

"So this is goodbye?" Julia bertanya dengan mata yang digenangi air mata. Badrul terdiam seketika.

"Yes, this is goodbye," jawab Badrul menahan sebak. Badrul menyentuh beberapa helaian rambut yang menutupi mata Julia. Begitu berat hatinya hendak melepaskan Julia. Mereka berpandangan dengan mata yang digenangi air. Dengan perlahan Julia memegang tangan Badrul.

“Selesaikan masalah awak dan datang ke Kuala Lumpur, saya akan tunggu awak di sana,” Julia memberikan kata-kata amanat kepada Badrul sebelum melepaskan genggaman tangan mereka dan berlalu. Sebaik sahaja Julia menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur, air matanya gugur seperti hujan.

******

Sepanjang perjalanan bas ke Singapura Badrul keras berfikir jika rancangannya mempunyai kelemahan dari mana-mana sudut. Segala-gala kemungkinan telah difikirkannya dan segala persediaan yang perlu telah dibuat. Rancangannya dirasakan telah sempurna. Dia menutup mata untuk berehat seketika kerana jika rancangannya berjalan lancar selepas ini, mungkin dia tidak akan dapat melelapkan matanya untuk beberapa bulan.

Bas ekspress yang dinaiki oleh Badrul kini melalui Kompleks Kastam Malaysia. Menggunakan passport Singapura sebenar yang dimilikinya, Badrul berbaris di kaunter imigresen untuk masuk semula ke tanah Singapura.

Badrul meletakkan passportnya di tempat pemeriksaan digital. Mesin pemeriksaan digital menyalakan lampu berwarna merah tanda tidak boleh melepasi sempadan. Peluh jantan sudah mula menuruni leher Badrul. Seorang pegawai imegresen datang ke arah Badrul dan membawanya keluar dari tempat pemeriksaan menuju ke satu sudut berdekatan. Dia juga tidak lupa mengambil passport di mesin pemeriksaan digital.

"Encik Badrul Hisham?" pegawai imigresen itu bertanya sambil membelek-belek passport yang dipegangnya.

"Ya, saya Badrul Hisham," jawab Badrul sambil mengangguk sedikit. Dua orang lagi pegawai imigresen datang ke arah mereka.

"Encik Badrul, awak berada dalam senarai orang yang dikehendaki Polis Singapura. Kami terpaksa tahan awak," salah seorang pegawai yang baru datang itu bersuara dan terus menggari kedua-dua tangan Badrul. Badrul membiarkan sahaja mereka menggari tangannya dan membawanya ke sebuah bilik berdekatan.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Badrul ditahan oleh polis? Apa kesalahan yang telah dilakukannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience