Chapter 91

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 91

“Tak mengapa Benji, kita habiskan rundingan kita dulu, bila dan dimana kita akan membuat pertukaran?” Badrul mahu mendapatkan kepastian.

“Esok, pukul sepuluh pagi, di belakang stesen minyak di sana,” Benji menuding jarinya ke arah sebuah stesen minyak berdekatan.

“Benji, kamu adalah kawan baik aku, begitu juga Rajan. Kita pernah bekerja bersama untuk menyelesaikan kes-kes yang lebih rumit. Aku ada rancangan yang lebih baik,” Badrul cuba memancing.

“Apa rancangan kamu?” Tanya Benji menunjukkan minat.

Badrul mengambil masa hampir lima belas minit untuk menerangkan rancangannya kepada Benji. Benji meneliti selok belok perancangan Badrul dan memberi pendapat yang agak bernas sehingga akhirnya mereka bersetuju dengan satu rancangan yang diubahsuai.

“Baiklah, kita akan bertemu di sana esok,” jawab Badrul mengangguk.

“Baiklah Bard, kita jumpa nanti,” Benji menjabat tangan Bard sepertimana yang selalu mereka lakukan dahulu. Benji bangun meninggalkan Badrul keseorangan. Badrul memesan secawan lagi kopi untuk menghilangkan rasa penatnya. Hatinya yakin rancangannya akan bejaya!

******

Hanya Randi, Benji dan Rajan sahaja yang datang pada waktu yang dijanjikan di belakang stesen minyak. Stesen minyak itu rupa-rupanya sedang ditutup untuk kerja-kerja pembaikan. Lokasinya yang agak terpencil dari kedai-kedai lain mungkin adalah faktor kenapa tempat ini dipilih oleh Randi untuk pertemuan mereka.

“Mana Kapsul Ungu?” Tanya Randi sebaik sahaja mereka bersua muka.

“Ada, aku mahu lihat dahulu apa yang engkau ada untuk aku!” Jawab Badrul keras. Randi tersenyum sambil membuang puntung rokok yang sedang dihisapnya ke tanah. Dia mendepangkan tangan kanannya sebagai isyarat. Benji yang sedang memegang sebuah beg dokumen menyerahkannya ke tangan Randi.

“Inilah tiket kebebasan engkau. Semua yang ada di dalam beg ini boleh bebaskan engkau dari segala-galanya,” Randi menjawab dengan megah.

“Bagaimana dengan Julia?” Tanya Badrul

“Dia selamat, awak tak perlu risau. Lagipun dia tak penting bagi kamu kan?” Balas Randi dengan sombong sambil ketawa sedikit.

“Aku mahu lihat Julia dahulu!” Badrul bertegas.

“Kamu ni Bard, lemah dengan perempuan!” Randi mendengus.

“Kalau saya tak nampak kelibat Julia, saya tak akan berurusan dengan Mr M bagi pihak kamu. Tak ada gunanya kalau kamu ada Kapsul Ungu jika kamu tidak berjaya mendapat bayaran dari Mr M,” ujar Badrul dengan nada marah. Randi nampak sedikit tertekan dengan permintaan Badrul.

“Rajan, bawa Julia ke sini!” Randi memberi arahan kepada Rajan. Rajan yang sedang menghunuskan pistol kepada Badrul menyimpan pistolnya dan bergerak ke arah kereta yang membawa mereka ke situ. Dia membawa keluar Julia yang sedang diikat tangan ke belakang dengan mulut dan mata yang ditutup. Penutup mulutnya dibuka.

…bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah Badrul menyelamatkan Julia? Bagaimana untuk melepaskan diri daripada Rajan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience