Chapter 105

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 105

"Keesokan harinya saya dijadualkan untuk bertemu dengan seorang pelanggan di Kuala Lumpur dan saya telah pergi ke sana bersama kunci tersebut, untuk membantunya mencari bukti yang diperlukan. Setelah saya mendapat berita kematian Natasha saya terus tinggal di Kuala Lumpur untuk mencari loker tersebut dan akhirnya saya telah menjumpai bukti-bukti yang diperlukan," jawab Badrul.

"Mana bukti-bukti itu?"

"Ada di dalam sebuah sampul surat dalam beg galas saya. Awak boleh ambil jika ia membantu penyiasatan awak," jawab Badrul lagi.

"Baiklah, saya akan lihat kandungan sampul surat itu dahulu," Inspektor Asraf keluar dari bilik tersebut meninggalkan Badrul berseorangan.

******

"Papa!" Badrul bangun dari tempat tidur lokap apabila terlihat kelibat bapanya menuju ke arahnya.

"Bard!" Kamarudin menggenggami tangan Badrul dengan kejap di antara jeriji-jeriji besi.

"Kamu sudah semakin kurus, Bard!" ujar bapanya sambil melihat-lihat badan Badrul. Badrul hanya tersenyum.

"Kamu datang menyerah diri? Kamu tahu apa yang kamu lakukan ini Bard?" Kamaruddin bertanya dengan nada berbisik tetapi penuh rasa marah.

"Jangan risau, Papa. Saya tahu apa yang saya lakukan," jawab Badrul juga sedikit berbisik. Kamaruddin ketawa sedikit. Mereka melepaskan gengaman tangan masing-masing.

"Apa rancangan kamu Bard?" Kamaruddin bertanya sambil meletakkan briefcase di atas lantai.

"Saya sudah jumpa semua bukti-bukti kes yang disiasat oleh Natasha. Saya telah buat satu salinan semasa di Johor Baharu dan saya telah kurierkan ke pejabat Papa satu salinan. Salinan satu lagi berada bersama Inspektor Asraf," Badrul menjawab.

“Kamu memang bijak, Papa yakin kamu pasti berjaya menyelesaikan masalah ini,’ jawab Kamaruddin, kagum dengan kebijaksanaan anaknya.

“Tapi Badrul, semua ini akan mengambil masa sedikit untuk diselesaikan, kamu mungkin terpaksa berada di dalam lokap buat sementara waktu,” Kamarudin menyambung.

“Kenapa kamu tak tunggu Papa selesaikan semua ini, baru masuk semula ke Singapura?” tanya kamaruddin lagi.

“Rafael sudah tidak ada Papa, Randi juga sudah ditangkap. Mereka berbalah dan saya jadi mangsa, lebih baik saya masuk di dalam lokap Singapura buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya saya tahu saya selamat,” jawab Badrul sambil menekur lantai.

“Minta maaf Bard, dalam usia muda sebegini kamu terpaksa lalui semua ini. Apa yang telah berlaku dengan Rafael dan Randi?” Tanya Kamaruddin agak terkejut.

“Somat, keluar dari penjara dan melaga-lagakan mereka berdua,” jawab Badrul ringkas.

“Somat sudah keluar penjara rupanya,” balas Kamarudin.

“Memang betul tindakan kamu untuk pulang ke sini. Jika dia tahu kita bersaudara, dia akan musnahkan kamu juga. Papa juga pernah membantu Rafael dan menyumbatkan Somat ke dalam penjara dahulu. Somat adalah seorang pendendam. Kami tidak berjaya meyakinkan juri untuk menjatuhkan hukuman mati mandatori kerana tidak berjaya mengaitkan kes penyeludupan dadah dengannya. Dia masuk penjara atas kesalahan-kesalahan lain,” Kamarudin menjawab.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah bukti-bukti tersebut akan berjaya membebaskan Badrul daripada segala tuduhan membunuh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience