Chapter 9

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 9

"Cik Natasha, nama saya Salahuddin, orang bawahan Dato' Murad." Salahuddin mula berbicara, lantas duduk di sebelah Natasha.

"Saya minta maaf, tapi saya tidak ada banyak masa," Salahuddin seolah-olah berbisik kepada Natasha.

"Saya pernah menyerahkan beberapa salinan bukti kepada Encik Akhbar untuk kes rasuah Duo Arms di Malaysia. Saya hampir pasti dia telah musnahkan semua salinan bukti yang telah saya kumpul selama ini. Saya pasti dia telah mendapat bayaran yang amat lumayan untuk keluar dari kes ini," ujar Salahuddin. Natasha dan Salahuddin berpandangan seketika.

Salahuddin kemudiannya melihat-lihat ke sekeliling sekali lagi. Pandangannya terhenti apabila dia terlihat dua orang lelaki berjaket hitam yang berlari-lari anak sedikit seolah-olah mengejar seseorang.

"Ini kunci loker, semua bukti yang diperlukan ada di sini," lekas-lekas Salahuddin meletakkan sebuah kunci ke dalam genggaman Natasha

"Loker di mana?" Natasha bertanya pantas sambil menggengam tangan Salahuddin.

"Di Kuala Lumpur, jangan percaya sesiapa di sini walaupun pihak polis. Kita akan jumpa lagi!" Salahuddin melepaskan gengaman tangannya.

Salahuddin sempat membisikkan pesanan penting itu ke telinga Natasha sebelum dia berjalan pantas ke bahagian selatan bangunan tersebut. Natasha dapat melihat kedua-dua lelaki berjaket hitam itu mula bergerak lebih pantas sebaik sahaja mereka dapat melihat kelibat Salahuddin. Seorang daripada mereka cuba mengejar Salahuddin dan seorang lagi memandang Natasha dan mula bergerak ke arahnya.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah lelaki-lelaki itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience