Chapter 13

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 13

“Ok, Bard..” Natasha berhenti sambil tercungap-cungap.

“Bard.. kita… kita makan dahulu,” Natasha cuba bernafas seperti biasa. Mereka mula menaiki tangga bergerak, menuju ke Restoran Bali Thai yang telah ditempah oleh Badrul. Badrul mengerling ke arah Natasha sambil tersenyum sinis.

Itulah Natasha gadis cilik yang dicibtainya, sentiasa membuatkan Badrul gembira dan tersenyum, malah nama “Bard” yang digunakanannya sekarang adalah ciptaan Natasha sendiri. Menurut Natasha, nama itu sesuai kerana Badrul adalah pemegang tali pinggang hitam Tae-Kwan-Do dan Badrul juga adalah seorang pemidato yang sangat baik.

Sebaik sahaja mereka tiba di Restoran Bali Thai, seorang pelayan menempatkan mereka ke satu meja berdekatan jendela, membolehkan mereka melihat keindahah kota kosmopolitan Singapura.

Natasha terus mengambil tempat duduk berhadapan dengan Badrul.

Selalunya semasa mereka meluangkan masa bersama, Natasha akan memilih tempat duduk bersebelahan dengannya. Tetapi tidak malam ini. Badrul nampak sedikit garis keresahan di mata Natasha.

Seorang pelayan restoran menuangkan air minuman ke dalam gelas mereka. Badrul memesan makanan kebiasaan mereka tanpa sebarang bantahan daripada Natasha. Natasha pula sejak dari tadi memegang dan mengusap-usap gelas yang ada di hadapannya beberapa kali. Badrul membiarkan sahaja Natasha termenung seketika.

...bersambung

Bab akan datang:

Kenapa Natasha kelihatan resah di mata Badrul
Apa yang tidak kena di hati Natasha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience