Chapter 38

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 38

"Saya akan sediakan seorang pengawal peribadi di luar bilik ini untuk menjaga awak sehingga awak sembuh," Badrul membuat keputusan bagi pihak Rafael. Rafael hanya mengangkat keningnya, tidak menjawab ya atau tidak. Badrul kemudiannya meminta diri untuk keluar dari bilik wad tersebut.

Sudah hampir dua minggu Badrul terpaksa mengambil alih kerja-kerja yang diuruskan oleh Rafael. Anaknya Randi pula sudah lama tidak nampak batang hidung. Walaupun Rafael tidak mahu berkata apa-apa mengenai Randi, Badrul sudahpun mengarahkan satu kumpulan penyiasat di bawah KH Intelligence untuk menjejak ke mana perginya Randi.

"Randi tidak ada di Malaysia. Dia telah keluar ke sempadan Singapura dan tidak ada rekod menunjukkan dia sudah kembali ke Malaysia," salah seorang penyiasat terlatih bernama Daud memberikan laporan semasa Badrul berada di dalam bilik Rafael.

"Kamu ada jejaki apa aktiviti yang dia lakukan sebelum dia keluar ke Singapura?" Badrul bertanya.

"Ada. Menurut beberapa kawan-kawannya, dia terlibat dengan satu pergaduhan di Johor Bahru. Dia sebenarnya telah kalah judi dan tidak mampu membayar semua hutangnya. Mungkin sebab itu dia lari ke Singapura. Encik Badrul mahu kami membuat intipan di Singapura?" tanya Daud lagi.

"Tak perlu lagi sekarang Daud. Biar saya berbincang dengan Rafael dahulu. Mungkin ada maklumat yang boleh saya dapat daripada Rafael. Saya akan panggil kamu nanti sekiranya kita perlu teruskan siasatan ini," ujar Badrul sambil mengambil laporan yang dihulurkan oleh Daud.

"Encik Zamani mahu berjumpa dengan Encik Badrul. Boleh saya suruh dia masuk?" tanya Daud.

"Siapa Zamani tu?" tanya Badrul sambil mengerutkan dahinya.

"Setahu saya dia adalah kawan baik Rafael. Dia adalah seorang bekas inspektor polis yang telah bersara. Ada perkara berkenaan Randi yang dia mahu bincangkan bersama Encik Badrul. Dia tidak mahu berbincang dengan sesiapa kecuali dengan Encik Badrul. Rasanya, ada maklumat yang dia mahu kongsikan dengan Encik Badrul," Daud menjawab.

"Baiklah, suruh dia masuk," Badrul memberi arahan. Selepas beberapa minit, Daud membawa Zamani masuk ke dalam bilik.

"Selamat pagi Encik Zamani," Badrul menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Selamat pagi Badrul. Minta maaf kalau menyusahkan awak pagi-pagi begini. Saya sebenarnya selalu berjumpa dengan Rafael pada waktu begini. Bagaimana dengan Rafael, masih lagi di hospital?" tanya Zamani sambil duduk di kerusi sofa.

"Belum sihat lagi Encik Zamani. Mungkin minggu depan dia akan keluar," jawab Badrul.

"Baguslah tu. Ada apa-apa berita mengenai Randi?" tanya Zamani.

"Tidak ada lagi. Encik Zamani ada apa-apa maklumat yang boleh membantu kami mencari Randi?" jawab Badrul .

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Zamani mempunyai maklumat tentang Randi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience