Chapter 55

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 55

"Kan engkau yang suruh buat supaya nampak real, jadi kami semua pukul sampai keluar darah sikit. Takde tulang yang patah kan? Kalau tak berdarah, Julia takkan bawa engkau masuk ke dalam rumah dia kan?" Benji membalas. Badrul memandang Benji dengan jelingan sinis.

"Ok, Julia dah keluar. Dia berseorangan. Cepat bersedia," kata-kata Rajan yang ketika itu sedang memegang teropong dan duduk di tempat pemandu kereta pacuan empat roda itu meleraikan pergaduhan mereka.

Menurut kajian yang mereka lakukan, pada hari Ahad antara pukul sepuluh hingga dua petang Julia selalunya akan mengunjungi pasaraya berdekatan untuk membeli-belah, kadangkala berteman dan kadangkala berseorangan. Hari ini nampaknya Julia berseorangan. Ini akan lebih memudahkan rancangan mereka.

Sebaik sahaja Julia berjaya mendapatkan teksi, mereka mengekori teksi tersebut dengan berhati-hati. Memang benar teksi itu akhirnya masuk ke kawasan sebuah pasaraya di mana Julia selalu membeli-belah.

Rajan kemudiannya menurunkan Badrul di kawasan berdekatan. Badrul masuk ke dalam pasaraya dan mengekori Julia. Di perlu mencari masa dan tempat yang sesuai untuk menegur Julia.

"Julia!" Badrul menegur Julia dengan perlahan. Julia berpusing ke belakang.

"Eh, Bard." Julia membalas bersama sekuntum senyuman.

"Sorang sahaja?" Badrul bertanya soalan yang dia sudah tahu jawapannya.

"Hari ini sorang saja. Awak pun sorang juga?" Julia bertanya lagi.

"Ya."

"Kalau begitu saya boleh belanja awak makan," cadang Julia. Badrul hanya tersenyum dan membiarkan Julia membawanya ke sebuah restoran makanan Melayu. Julia memilih untuk duduk di meja luar yang dekat dengan jalan.

Walaupun hanya memakai t-shirt dan jeans, Julia nampak manis dan anggun dengan bentuk badannya yang kecil molek. Itulah pertama kali Badrul melihat Julia tidak memakai baju makmal. Ini juga kali pertama Badrul melihat Julia melepaskan rambutnya yang selalu diikat. Memang benar kata-katan Benji dan Rajan, baju makmal membuatkan Julia nampak tua dan berisi. Hari ini baru Badrul perasan ketinggian dan bentuk badan Julia mirip Natasha. Rambut separas bahu, badan yang sedikit melentik, gaya berjalan yang pantas menunjukkan kecergasan fizikal yang tinggi.

"Makan apa?" tanya Julia sambil tersenyum ketika pelayan restoran mengunjukkan menu kepada mereka berdua. Lamunan Badrul terhenti seketika. Badrul tidak menjawab.

"Saya nak makan Nasi Goreng Cendawan dan minum teh ais," Julia menutup menu dan menyerahkannya kembali kepada pelayan restoran setelah memesan makanan. Badrul tersentak sedikit. Nasi Goreng Cendawan dan teh ais mempunyai kenangan yang manis ketika dia bersama Natasha dahulu.

"Bard?" sekali lagi Badrul tersentak dari lamunan ketika Julia menyebut namanya.

"Saya juga makan juga sama, Nasi Goreng cendawan dan teh ais," Badrul terus sahaja menyerahkan menu kepada pelayan restoran sambil membuat pesanan.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang berlaku seterusnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience