Chapter 3

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 3

“Sebelum saya terlupa, seorang ahli HURIMA akan berjumpa dengan awak, Natasha. Namanya Salahuddin. Dia akan berikan awak beberapa maklumat penting untuk membina kes ini." Dato' Murad menyambung sambil memandang tepat ke muka Natasha.

"Bila saya boleh berjumpa dengan Salahuddin, Dato'?" Natasha bertanya.

"Dia akan hubungi awak mungkin di sini, Kuala Lumpur atau mungkin di Singapura selepas awak pulang ke pejabat nanti. Awak teruskan pulang ke Singapura seperti yang telah dirancang, jangan ubah penerbangan awak. Dia akan jumpa awak pada masa yang dirasakan paling sesuai. Dia telah banyak berbincang dengan Akhbar dahulu. Dialah yang benar-benar mahu kes ini dibongkar," balas Dato' Murad.

"Terima kasih Dato', saya akan tunggu nanti." Natasha bersetuju dengan rancangan Dato' Murad. Perbincangan yang mengambil masa hampir setengah jam itu akhirnya terpaksa ditangguhkan kerana Dato' Murad terpaksa menghadiri satu majlis yang akan diadakan selepas waktu makan tengahari.

Natasha adalah peguam pengganti yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih kes pendakwaan Duo Arms yang dikatakan telah menjual senjata kepada beberapa negara dengan adanya unsur-unsur rasuah.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah kes pendakwaan Duo Arms?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience