Chapter 72

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 72

"Saya nak balik kampung di Perlis, Nazri sudah menunggu di bawah, saya kena pergi sekarang Julia. Saya akan balik semula ke Kuala Lumpur dua minggu lagi. Saya akan jumpa awak selepas dua minggu. Take care!" Latifah memutuskan talian telefon.

Julia menarik nafas panjang. Usahanya untuk berbincang dengan Latifah tidak berhasil. Julia menekan-nekan butang di telefon bimbitnya untuk melihat kembali gambar-gambar yang pernah disimpannya. Satu persatu gambar-gambar Shamsul keluar ke skrin telefon bimbitnya.

Shamsul dikenalinya semasa mereka belajar di universiti dahulu. Shamsul mengambil jurusan guaman manakala dia sendiri mengambil jurusan perubatan. Seperti Badrul, Shamsul adalah seorang lelaki yang jarang memberikan senyuman dan selalu penuh dengan misteri. Oleh kerana itulah Julia berusaha dengan lebih keras untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan akhirnya mereka menjadi pasangan kekasih.

Pada satu hari, kira-kira empat bulan lepas, ketika Shamsul sedang memandu untuk menghantar Julia pulang ke rumah, kereta mereka telah dilanggar oleh sebuah trailer. Shamsul meninggal dunia serta-merta tetapi Julia selamat.

Selepas kemalangan itu, Julia seringkali bermimpi bagaimana kejadian kemalangan itu terjadi. Dia selalu mendapat bayangan seseorang telah melanggar mereka dengan sengaja. Bayangan-bayangan itu datang hampir setiap malam menghantui tidurnya sehingga kadangkala dia berasa takut untuk tidur. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat pakar psikologi daripada kawan baiknya Dr Latifah. Menurut kata Dr Latifah, bayangan itu mungkin datang kerana rasa kesedihan yang dialami oleh Julia dalam menangani isu kematian Shamsul. Mimpi-mimpi itu kemudiannya berubah selepas bertemu Badrul yang kadangkala nampak mirip Shamsul.

"Saya dah jumpa kunci kereta awak, " Badrul tiba-tiba muncul di hadapannya sambil memegang kunci kereta separas mata Julia sambil tersenyum. Julia tersentak. Dia pernah melihat babak ini di dalam mimpinya sebelum ini. Dia jarang melihat Badrul tersenyum. Senyumannya manis seiras Shamsul . Hati Julia sedikit berdebar.

"Jumpa di mana?" Tanya Julia sambil mengambil kunci kereta tersebut.

"Tepi longkang rumah Dr Asri. Bagaimana Julia, awak boleh tolong saya siapkan bekas untuk saya bawa Kapsul Ungu untuk berjumpa dengan Mr M? " Jawab Badrul sambil tersenyum lagi. Julia terus berjalan tanpa menjawab soalan Badrul. Hatinya masih berbelah bahagi. Badrul bingkas mengejar Julia.

"Julia, kalau awak tolong saya sediakan bekas untuk saya bawa Kapsul Ungu pun sudah cukup. Saya rasa jika Kapsul Ungu sudah berada bersama saya, mereka tidak akan ganggu awak lagi." Badrul cuba memujuk Julia. Julia berhenti seketika. Hatinya meruntun mahu bersama Badrul tetapi fikirannya berkata tidak.

"Saya akan sediakan bekas yang sesuai untuk awak gunakan," Julia akhirnya menjawab. Senyuman Badrul semakin lebar.

"Terima kasih Julia," jawab Badrul sambil membuka pintu kereta untuk Julia. Julia tersentak sekali lagi. Dia jumpa pernah bermimpikan babak ini beberapa hari dahulu. Ketika Julia masuk ke dalam kereta, Julia cuba mengingat lagi babak-babak yang pernah dimimpinya lagi selepas itu, imej-imej Randi dan beberapa orang bawahannya bersama Badrul dan beberapa orang berbangsa Cina berada di sebuah bangunan usang tembak menembak antara satu sama lain.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience