Chapter 96

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 96

"Saya tahu apa yang telah berlaku dengan Rafael. Saya rasa awak bijak menyelesaikan tugasan ini dalam masa yang ditentukan," sambung wanita itu.

"Terima kasih. Katakan kepada Mr M saya mengucapkan terima kasih," balas Badrul sambil tersenyum.

"Mungkin awak boleh bekerja dengan kami selepas ini, Bard. Setelah kes awak selesai. Saya minta maaf ke atas apa yang telah berlaku kepada Natasha, tapi kalau bukan kerana dia, mungkin kita tidak akan berkenalan," ujar wanita itu sambil berjalan ke belakang tempat duduk Badrul.

"Dan, siapa pula perempuan ini?" tanya wanita itu sambil melihat ke arah Julia.

"Dia pembantu saya," kata-kata Badrul terhenti di situ.

"Oh! Pembantu," wanita itu menjawab.

"Mr M ada di sini?" tanya Badrul cuba untuk mengubah topik. Sebelum sempat Camilla menjawab seorang daripada saintis yang berada di situ tadi masuk semula ke dalam bilik itu dan berbisik Camilla. Camilla terus tersenyum.

"Kapsul itu tulen dan boleh digunakan. Ricky, awak boleh mulakan pindahan wang sekarang," wanita itu memberi arahan. Badrul dan Julia melepaskan nafas lega. Ricky yang sudah bersedia dengan komputer ribanya mula membuat pemindahan wang ke akaun Badrul.

"Bard, Mr M akan berjumpa dengan awak lain kali," wanita itu menepuk bahu Badrul dan terus berlalu keluar dari bilik itu.

******

Badrul membuka mata perlahan-lahan sambil mengeliat. Tidurnya malam tadi sangat nyenyak tanpa mimpi-mimpi yang selalu menghantuinya. Inilah malam pertama semenjak beberapa bulan lepas dia dapat tidur dengan lena.

Badrul melihat ke sekeliling. Dia berada di dalam sebuah bilik kecil yang lengkap dengan bilik air. Selepas menyerahkan Kapsul ungu semalam, dia dan Julia telah diberikan sebuah bilik berasingan.

Badrul melihat ke arah pintu bilik itu yang diperbuat daripada kaca berkabut. Dia nampak kelibat seorang lelaki berada di luar, seorang pengawal yang ditugaskan untuk menjaganya sepanjang malam. Tiba-tiba pintu itu diketuk dan dibuka dari luar. Badrul bangun dari katil.

"Camilla mahu berjumpa dengan kamu," pengawal itu memberitahu

"Camilla? Siapa itu Camilla?" tanya Badrul sedikit kehairanan.

"Cik Camilla, yang berurusan dengan awak semalam. Dia ambil termos awak kemudian dia arahkan pemindahan wang. Itulah Cik Camilla," jawab pengawal itu.

"Maksud saya, siapa dia sebenarnya. Apa jawatannya dalam kumpulan kamu ini?” Badrul bertanya.

“Dia orang kedua selepas Mr M,” jawab lelaki itu.

“Baiklah, tetapi bagaimana dengan Julia?" Badrul bertanya lagi.

"Julia sudahpun berada di makmal." Jawab pengawal itu.

"Saya mandi dulu, beri saya masa lima belas minit," tanpa menungu jawapan pengawal tersebut Badrul terus sahaja membuka pakaian dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Camilla ingin berjumpa dengan Bard?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience