Chapter 102

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 102

“Dan kita akan kongsi segala-gala pengalaman, pahit dan manis kehidupan,” Julia menambah.

“Ok. Kita kongsi semua pengalaman,” jawab Badrul.

“Apa rancangan awak selepas menyerahkan segala bukti yang telah awak dapat kepada polis nanti?” Julia bertanya, cuba mengalih topik perbualan.

“Saya harap saya akan berjaya menyerahkannya tanpa apa-apa masalah. Kebelakangan ini banyak perkara yang saya mahu buat tidak berjalan mengikut rancangan,” Badrul menjawab sambil tunduk sedikit.

“Mengenali awak, Bard, saya pasti walau apapapun halangan yang ada, awak akan berjaya menyelesaikannya,” Julia memberi kata-kata perangsang.

“Harapnya begitulah. Entahlah, mungkin selepas itu saya akan bekerja semula di firma guaman bapa saya di Singapura," jawab Badrul sambil tersenyum ke arah Julia. Julia memandang jauh. Pelayang yang mengambil pesanan tadi tiba dengan makanan yang dipesan.

"Kalau begitu, hari ini adalah hari terakhir saya bersama awak," jawab Julia sambil meneguk air yang dibawa. Badrul tidak menjawab.

“Kali terakhir awak berkata begitu, kita tersepit dengan satu masalah baru selama dua minggu. Jangan sebut perkataan itu lagi, kita mungkin tersepit dengan masalah baru nanti,” Jawab Badrul sambil mula mengambil sudu dan garfu untuk menjamah makanan. Julia ketawa sedikit. Mereka mula menikmati makanan yang dihidangkan.

"Saya akan lawat awak di Kuala Lumpur jika saya ada masa," Badrul tiba-tiba bersuara.

"Atau mungkin saya boleh buka satu cawangan firma guaman di Kuala Lumpur," sambung Badrul sambil meneguk sedikit air.

"Jangan berjanji kalau tidak boleh ditepati," jawab Julia sambil memandang jauh.

Dengan perlahan Badrul meletakkan sudu dan garfu ke atas pinggan makan dan mencari-cari sesuatu di dalam koceknya.

"Ini wang tunai untuk awak, cukup sehingga ke Kuala Lumpur. Saya akan pindahkan wang lagi apabila saya sudah tiba di Singapura nanti," jawab Badrul sambil menghulurkan wang berjumlah dua ratus ringgit. Julia menerima dengan hati yang berat.

"Terima kasih Julia, tanpa awak tak mungkin saya mampu lakukan semua ini," Badrul menyentuh lembut bahu Julia.

"Saya tolong awak dengan ikhlas, saya menaruh kepercayaan kepada awak semenjak hari pertama saya berjumpa dengan awak," Julia memandang tepat ke dalam mata Badrul. Badrul tersenyum sedikit. Mereka menghabiskan makanan tanpa banyak bercakap selepas itu. Sekali sekala Badrul menjeling kea rah Julia, berharap Julia mahu mengajaknya ke Kuala Lumpur, tetapi kata-kata itu tidak keluar dari mulutnya.

Julia pula sekali sekala menjeling ke arah Badrul, cuba memberikan senyuman yang dirasakannya agak tawar. Dia berharap Badrul mahu mengikutnya ke Kuala Lumpur, tetapi kata-kata itu juga tidak mampu keluar dari bibirnya.

******

“Nampaknya tak ada apa-apa berlaku untuk membuatkan kita tersepit bersama lagi,” Julia mengomel sedikit ketika Badrul membeli tiket bas. Mereka sudah pun berada di terminal bas Batu Pahat.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah kata-kata Julia didengari oleh Badrul?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience