Chapter 46

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 46

"Di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, loker yang boleh disewa selama beberapa tahun.." itulah catatan terakhir yand terdapat dalam buku kecil itu. Tarikh yang tercatat adalah sama dengan tarikh dia bertemu dengan Dato’ Murad.

Randi juga dapat melihat dengan jelas senarai tempat-tempat yang pernah dilawati oleh Badrul untuk mencari loker tersebut. Sudah lebih dua minggu dia mengerah beberapa orang pembantu yang terdiri daripada anggota kumpulan yang diketuai oleh Somat untuk mencari loker yang sepadan dengan kunci itu.

"Encik Randi, Kabir sudahpun menjumpai loker tersebut, " satu suara kedengaran memberitahu Randi ketika pintu kereta dibuka.

"Ha, bagus!" Jawab Randi tersenyum. Dia kemudiannya turun dari kereta dan masuk kedalam bangunan menemui Kabir. Sebaik sahaja tiba di tingkat lima bangunan tersebut Kabir terus membawa Randi ke satu sudut yang mempunyai beberapa baris loker dan terus membuka salah satu loker menggunakan kunci yang dicuri daripada Badrul.

Di dalam loker itu terdapat beberapa buah fail yang nampak usang dan beberapa keeping cakera padat. Terdapat banyak salinan fotokopi dokumen-dokumen, beberapa buah buku lejer yang dan beberapa sampul surat berwarna coklat tersorok di bahagian belakang fail-fail tersebut.

Randi memeriksa satu persatu salinan dokumen yang ada di dalam loker tersebut. Dia tersenyum puas. Kini dia sudahpun menemui apa yang dicari-cari oleh Badrul selama ini.

Randi mula membayangkan bagaimana dia boleh memeras Badrul nanti!

"Rafael!" Rafael berpaling apabila namanya dipanggil.

"Eh, Zamani," Rafael terus menjabat tangan Zamani apabila Zamani berhenti di hadapannya.

"Jarang nampak kamu berjalan-jalan di tasik Taman Idaman ni," Zamani memulakan perbualan. Mereka kemudian mengambil tempat duduk menghadap tasik.

"Aku mahu berjalan-jalan sedikit. Kaki aku yang cedera ini masih rasa sengal-sengal. Kena dibawa berjalan-jalan, latih semula otot-otot." Rafael menjawab.

"Aku sebenarnya sedang mencari Randi, aku datang ke sini pun berharap agar dapat bertemu dengan kamu Zamani," Rafael menyambung.

"Kamu tahu Somat telah dilepaskan baru-baru ini?" Zamani bertanya.

"Aku tahu Zamani, itulah yang aku risaukan," Rafael tunduk menekur tanah.

"Aku ada juga bertanya dengan kawan-kawan di pejabat lama aku. Mereka kata Randi memang sekarang selalu dilihat di kawasan selatan, Melaka dan Johor Bahru. Somat juga selalu dilihat di kawasan yang sama," jawab Zamani.

"Mungkin Somat telah memberitahu segala-galanya kepada Randi mengenai kematian ibu-bapanya. Aku rasa kamu harus lebih berhati-hati. Somat nampaknya mahu menghidupkan semula kumpulan penyeludup yang sudah lama berkubur," Zamani menyambung.

"Aku sudah semakin tua, sudah menjangkau umur lima puluhan. Aku dah tak cukup tenaga untuk memikirkan perkara-perkara seperti ini. Tujuan aku membersihkan operasi kumpulan Kemaruk Hitam dahulu pun, supaya aku boleh hidup tenang. Tak perlu risau dikejar polis dan dikejar samseng yang tak puasa hati." Rafael mengeluh berat.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah rancangan Rafael untuk menjatuhkan Somat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience