Chapter 109

Mystery & Detective Completed 8113

?Bab 109

Gadis itu makan bersama seorang lelaki. Dari gaya mereka berbual, Badrul pasti mereka adalah pasangan kekasih. Sekiranya Julia ada sekarang, Julia pasti akan mengajaknya bermain permainan mereka skrip pasangan kekasih. Badrul tersenyum sendiri. Ingatannya terhadap Julia semakin mendalam.

******

Sebaik sahaja Badrul habis membaca Al Fatihah, dia menyapu kedua-dua tangannya ke muka. Dia beristigfar beberapa kali. Kelihatan beberapa orang baru sahaja sampai ke situ. Dengan perlahan Badrul menarik sedikit nafas dan mula berdiri, mahu meninggalkan pusara Natasha.

Kes pembunuhan Natasha telahpun dibuka semula setelah semua kandungan loker itu diserahkan kepada firma guaman Sawyer & Ferguson. Mereka sudah mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa beberapa orang yang terlibat.

Amat berat rasa hati Badrul untuk meninggalkan Singapura dan kenangan-kenangannya bersama Natasha tetapi dia tahu dia perlu meneruskan kehidupan.

Badrul mengerling ke arah jam tangannya. Hari sudah hampir pukul sepuluh pagi. Dia perlu berada di Kuala Lumpur seawal empat petang untuk meninjau pejabat baru yang hendak dijadikan cawangan firma guaman Kamaruddin & Co. Pada pukul lapan malam dia akan makan malam bersama Rajan, Benji dan paling penting Julia. Dia tidak mahu berpisah dengan Julia lagi kali ini!

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience