Get the app for full experience
Bab 68
Nampaknya, jumlah pelajar yang datang ke seminar itu pada hari ini tidak begitu memberangsangkan. Hanya lebih kurang dua puluh orang sahaja yang berada di dalam dewan tersebut. Professor Aminah yang sedang memberi ucapan alu-aluan ketika itu sempat memberikan jelingan kepadanya. Selepas kira-kira dua puluh minit Julia dipanggil ke pentas untuk membentangkan kertas kerja. Walaupun hanya dua puluh orang yang menghadiri seminar itu, semuanya memberikan perhatian yang penuh mengenai topik perbincangan yang diutarakannya hari itu, "Sel Stem, Rawatan Penyakit dan Klon Manusia".
Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel jenis yang lain dan boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain. Walau bagaimananpun jika tidak dikawal, Sel Stem ini juga boleh digunakan untuk mengklon manusia. Banyak soalan-soalan yang diutarakan pada sesi soal-jawab, hampir kesemua pelajar yang hadir membuat pertanyaan.
Sebaik sahaja sesi pagi seminar itu habis pada pada pukul dua belas setengah tengahari, Julia keluar ke luar dewan dan melalui kawasan letak kereta untuk pergi ke kantin. Seorang lelaki muda berpakaian kemas tiba-tiba mendekatinya.
"Cik Julia, saya dari KH Intelligence. Kami mahu berbincang dengan Cik Julia sekejap," lelaki itu menyerahkan sekeping kad nama. Tertera di kad itu, tulisan berwarna hitam "KH Intelligence".
"Silakan Cik Julia," lelaki itu mendepangkan tangannya dan menghalakannya ke arah sebuah kereta pacuan empat roda berdekatan. Julia nampak seorang lagi lelaki yang berpakaian kemas membuka pintu kereta pacuan empat roda tersebut. Julia berasa was-was.
"Berbincang mengenai apa?" Julia bertanya dengan keras. Seorang lagi lelaki keluar dari dalam dalam kereta pacuan empat roda.
"Cik Julia saya Randi, anak kepada Rafael," Randi menghulurkan tangan sebaik sahaja tiba di hadapan Julia.
"Rafael?" Julia terkejut dengan nama itu. Dia masih ingat lagi peristiwa yang berlaku berdekatan rumah Dr Asri di mana Badrul telah dituduh membunuh Rafael.
"Ya, Rafael yang telah dibunuh oleh Bard," Randi menjawab seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiran Julia.
"Saya mahu awak mendengar cerita sebenar dari pihak kami," Randi menyambung sambil menunjukkan sebuah fail kepada Julia.
* * *
Julia duduk semeja dengan Randi sambil memegang fail yang diberikan oleh Randi. Beberapa orang lelaki yang datang bersama Randi tadi berpecah, ada yang duduk di meja lain dan ada yang berdiri di beberapa sudut kantin tersebut. Julia berasa sangat tidak selesa dengan kehadiran Randi. Fail yang dipegangnya juga masih belum dibuka.
…bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Teruskan membaca…