Chapter 16

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 16

"Besar kawasan Kuala Lumpur itu, Tasha, sebesar seluruh Singapura," Badrul membalas ambil memandang Natasha. Mereka berhenti seketika untuk menikmati makanan yang dihidangkan. Sekali-sekala Badrul menjeling ke arah kereta yang ditunjukkan oleh Natasha tadi. Natasha kemudiannya mengeluarkan kunci loker yang diceritakannya tadi.

"Awak akan pergi ke Kuala Lumpur esok kan, untuk berapa hari?" Natasha bertanya.

"Ya, mungkin dua hari. Papa mahu saya berjumpa dengan pelanggan kami di sana, Neutron Pharmacautical. Kenapa?" Badrul membalas.

"Awak tolong saya. Pejabat Dato' Murad, HURIMA berada agak berdekatan dengan bangunan Neutron Pharmaceutical, kes yang awak kendalikan sekarang. Mungkin ada loker dalam bangunan HURIMA. Awak tolong siasat, boleh kan?" Natasha tersenyum sambil meletakkan kunci tersebut ke dalam genggaman Badrul. Badrul membelek-belek kunci tersebut. Kunci itu berjenama Dirak dengan tulisan 7-2-3 di belakangnya.

"Saya sudah buat satu salinan kunci ini, saya letak di pejabat. Ini adalah kunci asal. Jangan hilangkan, ok?" ujar Natasha sambil cuba menghabiskan makanan yang dipesannya tadi.

"Ok, saya akan cuba tolong awak, kalau saya ada masa." Badrul memberikan kata persetujuan.

Selepas makan di Restoran Bali Thai, Badrul dan Natasha mengambil keputusan untuk menonton wayang gambar di pawagam yang berdekatan. Tayangan bermula pada pukul 9.30 malam dan mereka keluar dari pawagam lebih kurang pukul 12.00 tengah malam.

Natasha sudahpun tertidur sebaik sahaja kereta Badrul keluar dari Beach Road menuju ke pangsapuri yang diduduki oleh Natasha di Ang Mo Kio. Setelah meletakkan kereta, Badrul mengambil masa seketika untuk menatap wajah Natasha yang lembut.

Badrul mula mengenali Natasha semasa mereka menuntut bidang guaman di salah sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Natasha adalah penuntut tajaan Kerajaan Singapura manakala Badrul telah dihantar oleh ayahnya untuk belajar bidang guaman disana dengan tujuan untuk mengambil alih firma guaman ayahnya satu hari nanti. Tiga tahun lepas, semasa mereka baru pulang dari Amerika Syarikat, Natasha telah mendapat peluang pekerjaan di Sawyer & Ferguson, sebuah firma guaman antarabangsa yang mempunyai pejabat hampir di semua benua di dunia. Badrul pula terus bekerja dengan firma guaman ayahnya, Kamarudin & Co.

“Arrgghh.. Tolong!” Natasha tiba-tiba terjaga dari tidurnya dan menjerit.

"Sayang, dah sampai sayang! Ini Bard!" Badrul menyentuh pipi lembut Natasha. Dia cuba menenangkan Natasha. Sebaik sahaja Natasha benar-benar sedar dia terus memeluk Badrul.

...bersambung

Bab akan datang:

Mimpi apakah yang dialami oleh Natasha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience