Chapter 20

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 20

Badrul nampak Natasha sudah nyenyak tidur dan dia memberikan satu kucupan ke dahi Natasha sebelum keluar dari pangsapuri tersebut.

Mengingat kembali kata-kata bapanya, memang benar, sudah pasti cap jarinya berada di ruang tamu, dapur dan tandas pangsapuri Natasha. Sekiranya dia orang terakhir bersama Natasha sebelum kematiannya, dia pasti pihak polis sudah menemui kesan cap jarinya juga di dalam kamar tidur Natasha dan mungkin juga pada tubuh Natasha. Badrul mengusap mukanya dengan kedua-dua belah tangannya sambil melepaskan satu keluhan yang amat berat. Memang benar kata-kata bapanya, dia mungkin perlu menghilangkan diri buat sementara waktu.

"Tuk.. tuk..tuk..." Pintu bilik Bard diketuk beberapa kali.

"Siapa?" Bard bertanya dengan suara yang nyaring.

"Randi!" satu suara menjawab. Bard terus membuka pintu.

"Encik Badrul, saya Randi dari KH Intelligence. Saya ditugaskan untuk menjaga keselamatan Encik Badrul. Saya telah sediakan kereta di bawah. Kita perlu bergerak secepat mungkin." Lelaki yang bernama Randi itu bercakap dengan penuh sopan.

Badrul masih lagi tercegat di muka pintu, masih lagi tidak begitu yakin dengan keputusannya. Badrul membiarkan sahaja Randi menjenguk ke dalam biliknya. Tanpa membuang masa, Randi menolak daun pintu dan melihat ke dalam bilik yang didiami oleh Badrul.

Dia terus sahaja mengambil beberapa buah fail yang bersepahan di atas karpet dan menyusunnya di atas katil. Dia memeriksa almari dan tandas bilik dan mengumpulkan semua barang-barang peribadi milik Badrul. Lima minit berlalu dan Badrul masih lagi berada di pintu bilik.

"Encik Badrul, kita perlu bergerak sekarang!" Randi cuba menyedarkan Badrul dari lamunannya. Setelah ditegur beberapa kali, akhirnya Badrul memakai kasut dan terus keluar dari bilik mengikuti Randi ke keretanya.

Badrul melihat-lihat kad yang diserahkan kepadanya oleh Randi. KH Intelligence, satu nama yang pernah didengarinya, tetapi dia tidak dapat mengingat di mana dia pernah melihat logo dan nama syarikat itu.

"Kami menyediakan perkhidmatan berasaskan keselamatan; pegawai keselamatan, bodyguard, pemantauan keselamatan premis, sistem keselamatan teknologi tinggi dan beberapa lagi," sesekali Randi memandang ke arah Badrul sambil memandu dengan tenang, seolah-olah tahu apa yang difikirkan oleh Badrul. Badrul memandang Randi dengan pandangan yang penuh kekeliruan. Randi tersenyum. Matanya sentiasa ditumpukan ke jalan raya.

"Bapa saya, Rafael akan menerangkan lebih lanjut nanti. Jangan risau, awak akan selamat bersama kami," Randi cuba menenangkan Badrul.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah Rafael? Adakah dia ketua KH Intelligence?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience