Chapter 33

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 33

"Baiklah, saya akan cuba dapatkan," Inspektor Zamani mengalah. Inspektor Zamani mengambil alat komunikasi yang berada di poketnya dan terus memberi arahan.

"Mula!"

Sepantas kilat dua orang yang berada di belakang Ken jatuh rebah. Ken yang berada dalam keadaan panik terus sahaja menembak Michelle betul-betul di dada dan Michelle rebah menyembah bumi. Kumpulan penembak tepat yang telah bersedia dari awal lagi mula melepaskan tembakan ke arah Ken dan seorang lagi ahli kumpulan tersebut. Kedua-duanya rebah. Randi yang sejak tadi diam ketakutan kini menangis selepas mendengar bunyi tembakan.

Kesemua ahli kumpulan yang diketuai oleh Ken yang masih hidup akhirnya menyerah diri. Patrick Chin dan Michelle cedera parah dan tidak boleh diselamatkan lagi. Somat yang masih hidup dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Mujurlah tidak ada apa-apa yang berlaku kepada Randi. Dia hanya luka sedikit dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

* * *

"Uncle Rafi," Randi yang masih belum boleh bercakap dengan fasih tiba-tiba menerkam ke arah Rafael. Seorang anggota polis wanita yang sedari tadi menjaga Rafael di hospital membiarkan sahaja sambil tersenyum. Rafael menyambut pelukan Randi.

"Randi, sudah jumpa doktor?" Rafael bertanya setelah meleraikan pelukan.

"Sudah Uncle Rafi, Randi nak jumpa Mama dan Papa!" Randi merengek sedikit. Rafael memandang ke arah polis wanita tersebut dengan rasa terharu.

"Dia perlu tinggal di hospital buat sementara waktu sehingga kami dapat tempat tinggal untuknya," polis wanita dengan nama Anita di tanda namanya memberitahu Rafael dengan perlahan. Rafael mengangkat dan mendukung Randi.

"Randi, kak Anita akan jaga Randi untuk sementara waktu," Rafael cuba memujuk Randi .

"Tapi Randi nak jumpa Mama dan Papa, kenapa Mama dan Papa tak datang pun?" Randi merengek lagi. Rafael tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada Randi apa yang telah berlaku kepada Patrick Chin dan Michelle, tetapi dia harus mencuba.

"Mama dan Papa.. mereka semua sudah tidak ada.." Rafael cuba memberi penerangan kepada Randi yang hanya berumur tiga tahun.

"Tidak ada? Mama dan Papa pergi ke mana, Uncle Rafi?" Randi semakin keliru.

"Mama dan Papa sudah pergi ke tempat yang sangat jauh dan mereka tidak akan kembali ke sini lagi," dengan nafas yang berat Rafael menyambung.

"Tapi, kenapa tak bawa Randi sekali?" Randi bertanya lagi.

"Randi tak boleh ikut.. sebab.. err sebab tempat tu tak selamat!" Rafael menjawab dengan apa sahaja yang terlintas di fikirannya.

"Habis tu, siapa yang akan jaga Randi? Uncle Rafi kena jaga Randi! Randi tak nak Kak Anita jaga Randi! " Randi mencebikkan mukanya dan terus memeluk Rafael.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapakah Randi mahu Rafael yang menjaganya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience