Chapter 93

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 93

“Mengapa kawan-kawan awak mahu berjumpa dengan kita di tempat yang ramai orang. Saya pasti beberapa jam lagi padang bola ini akan dipenuhi dengan gerai-gerai,” Julia mengomel. Badrul hanya membisu sambil memerhatikan sekeliling.

“Mereka bukan kawan-kawan saya!” Jawab Badrul sambil menjeling ke arah Julia.

“Mereka juga bukan musuh awak juga kan?” Tanya Julia sengaja mahu memecahkan kesunyian.

“Mereka adalah pelanggan. Kita tengok sahaja rentak mereka nanti,” jawab Badrul sambil duduk di sebelah Julia.

“Pukul berapa sepatutnya kita bertemu dengan mereka Bard?” Tanya Julia, resah menunggu.

“Lebih kurang pukul enam,” jawab Badrul sambil bangun dari tempat duduknya.

“Pukul enam? Kita terlalu awal Badrul, apa yang kita nak buat di sini selama satu jam?” Julia mengomel lagi.

“Kita lihat dulu kawasan ini Julia, jikalau ada pihak lain yang akan muncul nanti, kita sudah tahu selok belok kawasan ini,” jawab Badrul sambil berjalan menjauhi Julia. Badrul berhenti seketika apabila dia sedar Julia tidak mengikutinya.

“Cepatlah Julia, kita kena periksa kawasan ini!” Jerit Badrul sambil memberikan isyarat kepala. Sambil menggalas beg yang dibawanya, Julia bangun mengejar Badrul.

Mereka merentasi padang bola itu sambil melihat-lihat kawasan sekeliling. Badrul nampak begitu berhati-hati melihat setiap inci kawasan tersebut. Julia yang sudah agak penat hanya mengikut sahaja di belakang Badrul.

******

Badrul dan Julia kembali semula ke hujung padang bola, tempat mereka menunggu tadi. Hampir kesemua gerai pasar malam sudah dibuka dan kawasan itu sudah mula dibanjiri oleh penduduk-penduduk kawasan sekitar.

Badrul mengerling ke arah jam tangannya sekali lagi. Hari sudahpun melepasi pukul enam petang. Orang-orang Mr K akan sampai bila-bila masa sahaja lagi. Julia duduk di atas rumput.

"Bard?" satu suara garau memanggil dengan nada bertanya. Badrul berpaling ke arah suara itu. Terlihat seorang lelaki berbadan sasa, berpakaian kemas dan berkaca-mata hitam berdiri di sisinya. Sepantas kilat Badrul memeriksa kawasan sekeliling, terdapat seorang lagi lelaki yang berpakaian hampir sama berdiri jauh di hujung padang bola bahagian utara, memerhati gelagat mereka. Dia juga nampak seorang lelaki di bahagian timur, seorang lelaki di tempat letak kereta dan seorang lagi berdiri berhampiran dengan mereka.

“Kamu sepuluh minit lewat,” ujar Badrul dengan nada tidak puas hati.

“Kamu lewat dua hari,” jawab lelaki bertubuh sasa itu.

“Kamu ada bawa barang yang kami mahu?” Tanya lelaki itu lagi. Beberapa orang pelanggan pasar malam lalu di hadapan mereka. Badrul menunggu beberapa saat sebelum menjawab.

“Ada bersama dia,” Badrul menuding jarinya ke arah Julia.

"Kami akan bawa awak menemui Mr M. Siapa perempuan ini?" tanya lelaki itu sambil menjeling ke arah Julia.

…bersambung

Bab akan datang:

Siapakah lelaki-lelaki tersebut? Adakah orang suruhan Mr M?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience