Chapter 26

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 26

"Baiklah," Badrul mengangguk tanda setuju. Badrul kemudiannya diarahkan untuk menunggu di salah sebuah bilik mesyuarat KH Intelligence.

Benji dan Rajan adalah ahli kepada kumpulan kecil bernama K-4 yang menguruskan kes-kes yang memerlukan kemahiran penyiasatan yang agak tinggi. Kumpulan ini dahulunya diketuai oleh Randi tetapi Rafael telah mengeluarkan Randi dari kumpulan ini beberapa bulan lepas. Setelah mendengar taklimat kes itu secara kasar, Badrul bersetuju untuk bekerja di bawah kumpulan K-4 bersama Benji dan Rajan.

Taklimat mengenai kes yang dipanggil Operasi Tepi Tasik itu sebenarnya adalah pembongkaran kes rasuah yang melibatkan seorang Pengarah syarikat. Pengarah tersebut dijangka akan bertemu seseorang di tepi sebuah tasik untuk menerima bayaran rasuah. Tugas Badrul, Rajan dan Benji adalah untuk mengambil bukti dalam bentuk gambar untuk diserahkan kepada pelanggan yang membayar tugasan tersebut. Melalui maklumat yang diberikan oleh pelanggan tersebut, Pengarah syarikat itu akan berada di tasik tersebut pada waktu petang sekitar pukul lima hingga enam.

Sekitar pukul sebelas pagi, Rajan sudahpun mengambil kereta milik KH Intelligence untuk membawa Badrul dan Benji ke lokasi tasik yang dinyatakan untuk melihat kawasan sekitar dan merancang kerja mereka untuk petang nanti.

"Tak begitu susah kerja ini. Kita cuma perlu tangkap gambar dan serahkannya kepada Rafael," Benji memulakan perbualan semasa Rajan baru sahaja memandu keluar dari perkarangan pejabat KH Intelligent.

"Masalahnya, kes terlampau senang. Tak payah lawan, tak payah tumbuk, tak payah tembak. Kamu semua tak rasa bosan ke buat kerja yang tak mencabar macam ni, dah berbulan-bulan aku dapat kerja yang lebih kurang sama sahaja," Rajan menjawab dengan nada tidak puas hati. Benji tersenyum sedikit mendengar kata-kata Rajan.

"Jangan tak tau, Bard! Rajan ni, kita kena belanja dia makan ayam panggang, baru dia akan puashati," Benji berbisik kepada Badrul dan kedua-duanya tersenyum.

Tiba-tiba Rajan menjadi marah.

"Apa bisik-bisik ni?" Rajan menegur Benji dengan kasar. Kereta pacuan empat roda yang dibawanya hilang kawalan sedikit.

"Makan ayam panggang, malam nanti. Ok tak?" Benji bertanya kepada Rajan.

Rajan tiba-tiba tersenyum.

"Boleh!!" senyuman Rajan semakin lebar.

Sebaik sahaja Rajan memandu masuk ke kawasan tasik itu, Benji mengeluarkan beberapa alat keperluan komunikasi kepada Badrul dan Rajan untuk diuji. Mereka kemudiannya melihat-lihat ke seluruh kawasan tasik dan mengadakan perbincangan bagaimana untuk mendapatkan gambar yang jelas untuk tugasan ini.

Mereka kemudiannya sebulat suara bersetuju Badrul akan berlakon sebagai pengutip sampah dan memakai video tersorok untuk mengambil rakaman mereka nanti. Rajan pula akan bertindak sebagai penghendap dan bersedia dengan senjata sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku. Benji pula akan mengambil gambar dari jarak jauh dan memastikan semua kelengkapan kamera, video dan komunikasi berjalan lancar.

...bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah Badrul menjalankan tugasannya yang pertama dengan baik?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience