Chapter 7

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 7

"Kenapa Encik Akhbar terburu-buru mahu melepaskan kes ini?" kata-kata yang bermain di fikiran Natasha terpacul keluar juga akhirnya. Akhbar tersenyum sinis. Dia menjinjing briefcase kepunyaannya, bersiap sedia untuk keluar.

"Awak baca semua fail ini dan awak jumpa Dato' Murad. Selepas itu awak buat keputusan untuk meneruskan kes ini atau tidak!" Akhbar tersenyum lagi sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Natasha. Hampir setiap hari kata-kata Akhbar ini bermain-main di fikiran Natasha.

Walaupun dia belum habis lagi membaca semua kandungan fail-fail yang diserahkan oleh Akhbar, Natasha sudah mula merasakan kes ini tidak semudah yang pernah diuruskan oleh Akhbar di Taiwan.

Ketika pemandu teksi memberhentikannya di KLIA, Natasha membayar tambang dan gantirugi cermin yang pecah tadi. Selepas itu Natasha terus sahaja bergerak ke Balai Berlepas. Seperti cadangan Akhbar dahulu, dia mahu tiba secepat mungkin ke Singapura dan mengkaji semula kes Duo Arms dengan lebih terperinci. Perjumpaannya dengan Dato' Murad membuatkan hatinya berasa lebih berdebar-debar.

Natasha pergi ke papan jadual penerbangan untuk mememeriksa jika ada kelewatan penerbangan yang sepatutnya diambil olehnya. Nampaknya pesawat untuk ke Singapura tertangguh sedikit, memberikan masa untuk Natasha makan tengahari di sebuah kedai makanan segera di situ.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah rahsia sebenar yang terkandung di dalam dokumen tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience