Chapter 74

Mystery Completed 8171

Bab 74

"Kita perlu bergerak pantas Julia, saya cadangkan awak telefon sekarang," Badrul memberi arahan. Julia mengambil telefon bimbitnya dan cuba mendail nombor telefon Dr Latifah. Nada deringya berbunyi tetapi dia tidak menjawab. Julia lantas meninggalkan pesanan.

Julia masuk ke biliknya untuk mengemas baju untuk perjalanan dua hari. Dia membuka beg galas kegemarannya dan memasukkan baju-baju yang telah dikemas. Julia menaburkan semua barang yang ada di dalam tas tangannya di atas katil untuk melihat apa lagi yang perlu dia bawa. Pandangannya terhenti kepada sebatang pen yang diberikan oleh Randi. Dia mengingat kembali apa yang dipesan oleh Randi.

Julia meletakkan pen itu ke atas meja solek dan terus keluar dari bilik itu bersama beg galasnya. Hatinya sudah tetap, dia mempercayai Badrul dan harus menyediakan bekas yang sesuai untuk membawa Kapsul Ungu

* * *

"Kenapa kita kena naik bas? Kenapa kita tak naik kereta sahaja?" Tanya Julia sambil menunjukkan mimik muka yang tidak puas hati. Badrul menyimpan semula tiket bas yang baru sahaja dibelinya tadi.

"Business coach. Bukan bas biasa. Naik kapal terbang atau naik kereta lebih mudah dijejak. Kalau naik bas ekspres susah untuk mereka cari," Badrul memujuk Julia.

"Kurang dua jam perjalanan ke Melaka. Kita akan sampai pukul lebih kurang sebelas malam nanti," Badrul memujuk Julia sambil memerhati di sekeliling kawasan Terminal Bersepadu Selatan.

"Melaka? Saya ingatkan kita mahu ke utara," jawab Julia tidak puas hati.

"Perubahan rancangan!" Bard tersenyum, sengaja mengusik sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Julia. Masih ada dua puluh minit lagi masa sebelum bas akan berlepas.

"Awak tipu saya lagi Bard! Awak tak boleh buat macam ini, awak perlu ceritakan kepada saya semua rancangan awak. Saya berhak tahu kemana awak mahu bawa saya. Awak penipu!" pantas Julia menyentap botol air mineral daripada tangan Badrul. Tiba-tiba Badrul memegang tangannya dengan kejap

"Saya buat ini untuk keselamatan awak Julia, saya mahu awak selamat. Saya tak tahu berapa ramai yang mahukan kapsul ini sebenarnya, tapi yang penting saya mahu awak selamat," Badrul cuba memujuk. Julia menarik tangannya perlahan-lahan.

"Bagaimana awak boleh kata semua yang awak lakukan ini akan selamatkan saya? Saya rasa kalau awak tidak berterus terang dan awak telah kehilangan kepercayaan saya," bentak Julia.

"Julia, setelah awak membuat panggilan telefon tadi, saya pasti semua yang mahukan Kapsul Ini sudahpun menghala ke Perlis. Memintas talian telefon amat mudah bagi penyiasat professional seperti saya dan kawan-kawan saya. Panggilan itu cuma satu cara untuk mengalih perhatian," jawab Badrul.

"Tetapi awak sepatutnya memberitahu saya sejak awal lagi," Julia menjawab masih dalam nada marah.

"Mereka boleh menganalisis suara awak. Mereka tahu jika awak tidak bercakap benar," Badrul cuba meyakinkan.

Seorang lelaki membunyikan wisel dan memanggil semua penumpang yang mahu ke Melaka untuk menaiki bas. Julia yang masih lagi berang tidak berganjak dari tempatnya.

"Silakan Cik Julia, jika awak masih tidak puas hati kita bincang lagi dalam bas," Badrul cuba memujuk dengan caranya tersendiri. Julia berjalan mengikuti lelaki peniup wisel itu sambil menjeling ke arah Badrul.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience