Chapter 47

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 47

"Hidup ini kadang-kadang kita tak boleh jangka Rafael. Aku rasa kamu patut mula memikirkan pengganti baru. Aku lihat Badrul boleh memimpin KH Intelligent dengan baik. Cuma dia tidak mendapat latihan ketenteraan yang cukup. Aku yakin jika dilatih dengan baik, dia boleh menangani masalah ini dengan baik. Somat pun sudah agak tua, sama umur seperti kita, lingkungan lima puluhan," Zamani menyambung.

"Mungkin dia mahu menjadikan Randi sebagai orang kanan. Randi pula memang selalu terlibat dengan kerja-kerja haluan kiri, dan dia ada motif yang kuat untuk mendapatkan semula KH Intelliegent dan Kemaruk Hitam, semua ini adalah milik bapanya satu masa dahulu." Rafael membalas.

"Betul Rafael," Zamani mengiyakan kata-kata Rafael.

"Tetapi aku yang telah membesarkan Randi. Aku tahu cara dia berfikir. Aku tahu kelemahan dia. Aku yakin kalau aku latih Bard dengan baik, dia boleh menewaskan Randi dengan mudah." Sudah ada cahaya di mata Rafael ketika dia mengucapkan kata-kata ini.

"Terima kasih Zamani. Kita jumpa lagi nanti." Rafael meminta diri untuk pulang.

"Baiklah Rafael. Semoga berjaya. Kita jumpa lagi nanti." Zamani menjawab sambil menepuk-nepuk bahu Rafael.

Rafael berjalan perlahan-lahan di taman itu untuk menenangkan fikirannya seketika sebelum balik ke pejabat KH Intelligent. Perkara pertama yang dia harus lakukan, dia perlu merancang bagaimana untuk melatih Badrul menjadi lebih baik daripada Randi.

"Kapsul Ungu, tugas terbaru!" Rafael menyerahkan sebuah sampul surat berwarna coklat kepada Badrul. Badrul agak terkejut dengan sapaan Rafael pagi itu. Jarang Rafael terus bercerita mengenai tugas terbaru KH Intelligence, selalunya ia dibincang dahulu bersama Randi.

"Kapsul Ungu?" Badrul mengambil sampul surat tersebut sambil menghirup air teh yang masih suam-suam panas. Dia membuka sampul surat itu dengan perlahan dan menyusun beberapa buah gambar di atas meja. Terdapat gambar seorang gadis berambut ikal dan seorang lelaki berumur, kedua-duanya memakai baju makmal berwarna putih.

"Kalau tugasan membunuh, saya tak mahu lakukan," dengan bersahaja Badrul menolak semula gambar-gambar itu kepada Rafael. Badannya disandarkan ke atas sofa. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap.

"Engkau adalah yang terbaik dalam KH Intelligence. Aku mahu melatih engkau menjadi yang terbaik di sini. Engkau ada potensi yang besar untuk menjadi ketua kumpulan K-4." Rafael cuba meyakinkan Badrul.

Rafael terus sahaja memulakan perbincangan tanpa menghiraukan perasaan Badrul. Tugasan kali ini dibayar oleh seorang pelanggan bernama Mr M. Dia mahu sejumlah kapsul berwarna ungu diambil dari tempat persembunyian dan diserahkan kepada Mr M dalam masa tiga hingga enam minggu. Cuma masalah yang paling besar ialah Mr M tidak tahu di mana kapsul-kapsul itu disembunyikan.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Badrul akhirnya akan bersetuju untuk menjalankan tugasan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience