Chapter 54

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 54

"Kalau Bard tak datang tadi saya tak tahu apa yang akan jadi. Mungkin saya dah mati. Sejak akhir-akhir ini saya rasa ada yang ekori saya." Julia berkata sambil menghela nafas.

"Julia tak sepatutnya tinggal di kawasan ini. Ini kawasan hitam," jawab Badrul.

"Saya tahu. Mungkin selepas ini saya akan cari tempat tinggal yang lain. Saya pilih tempat ini sebab dekat dengan tempat kerja," Julia membalas. Hati Julia semakin nekad, dia mahu berpindah ke tempat lain secepat mungkin. Kawasan itu bukanlah kawasan yang selamat terutama jika dia terpaksa melalui lorong-lorong sunyi pada waktu hampir tengah malam.

"Sudah lama rasanya saya tak nampak Bard di tempat kerja. Bard masih bekerja di Lombard Lab?" Julia bertanya sambil memandang kearah muka Badrul.

"Saya cuma menjadi pekerja pengganti. Sekarang saya tidak bekerja lagi," Badrul menjawab. Ketika itu Julia memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan sebuah pangsapuri. Mereka masuk ke kawasan pangsapuri itu dan menaiki lif hingga ke tingkat lapan.

"Inilah tempat tinggal saya." Julia mencari kunci rumahnya di dalam tas tangan. Dia kemudiannya membuka pintu sambil mengajak Badrul masuk ke dalam.

"Saya pergi ambil ubat. Awak duduk dululah," Julia menudingkan jarinya ke arah sofa di ruang tamu.

Badrul mengangguk-anggukkan kepalanya lantas terus duduk. Kaki dan kepalanya terasa berdenyut-denyut sakit. Dia baring di atas sofa dan hanya terjaga semula ketika Julia mengambil kapas dan mula membersihkan luka-luka dimukanya.

"Maaf, memang awak akan rasa sakit sedikit," ujar Julia sambil menyambung semula kerja-kerja pembersihan luka. Sekali sekala Badrul mengaduh kesakitan. Lama-kelamaan Badrul sudah tidak ingat lagi apa yang berlaku. Dia hanya terjaga semula ketika matahari sudah naik tinggi dan Julia memanggil namanya beberapa kali.

* * *

Rancangan seterusnya, seperti yang telah diajar oleh Rafael ; pertemuan pertama adalah perkenalan, pertemuan kedua menjadi kawan dan pertemuan ketiga adalah untuk membina kepercayaan.

Pertemuan pertama perlu berlaku secara tidak sengaja, pertemuan kedua harus membuatkan subjek berasa terhutang budi dan dan dalam pertemuan ketiga, biarkan subjek menawarkan sesuatu untuk membalas budi. Itulah panduan yang diberikan oleh Rafael dalam menangani kes yang sedang diuruskan oleh Badrul itu.

"Apa yang berlaku malam tu, Bard?" Benji bertanya lagi soalan yang sama. Kalau dikira mungkin sudah dua puluh kali dia mengajukan soalan yang sama.

"Tak ada apa-apa yang berlaku!" jawab Badrul dengan nada yang bosan kerana sudah terlalu banyak kali ditanya.

"Kucing takkan menolak bangkai. Takkanlah tak ada apa-apa yang berlaku. Aku tak percaya langsung," jawab Benji sengaja untuk menguji kemarahan Badrul.

"Aku tertidur sebab terlalu penat malam tu. Engkau, Rajan dan kawan-kawan engkau pukul aku sampai berdarah. Kita cuma berlakon sahaja, kenapa engkau semua pukul aku sampai berdarah?" Badrul bertanya dengan nada yang agak marah.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah niat Badrul sebenarnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience