Chapter 48

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 48

"Habis tu? Bagaimana nak ambil benda yang kita tak tahu tempatnya?" Badrul menggeleng-gelengkan kepala.

"Bard, kalau Mr M tahu di mana tempatnya, dia tak perlukan kita. Dia boleh ambil sendiri," Rafael menjawab.

"Baiklah, kalau begitu, apa maklumat yang kita ada mengenai Kapsul Ungu?" tanya Badrul.

Menurut Rafael, satu kajian bernama "Kapsul Ungu" telah dimulakan oleh satu syarikat farmaseutikal bernama Lombard Lab beberapa tahun lalu. Ia diketuai oleh seorang pakar Biomedikal bernama Dr Asri.

"Malangnya kajian ini telah dihentikan dan sampel terakhir kapsul ini ada bersama Dr Asri." Rafael mengambil gambar yang ditunjukkan kepada Bard tadi dan menuding ke arah lelaki berumur yang memakai baju makmal berwarna putih.

"Jadi, kita hanya perlu cari Dr Asri dan dapatkan kapsul itu?" tanya Badrul.

"Tidak semudah itu Bard, Asri telah hilang hampir sebulan lalu selepas menghadiri satu perbincangan yang diuruskan oleh Lombard Lab di Sweden." Kata-kata Rafael terhenti seketika.

"Jadi itulah masalahnya, Dr Asri telah hilang. Siapa lagi yang mungkin ada menyimpan sampel itu?" tanya Badrul

"Maklumat itu tidak ada buat masa sekarang. Tapi kita boleh mulakan dengan Julia," Rafael membalas sambil mengambil gambar gadis yang memakai baju makmal berwarna putih.

"Siapa pula Julia?" Badrul bertanya.

"Julia adalah pembantu kepada Dr Asri. Dia masih lagi bekerja di Lombard Lab. Hanya Julia dan Dr Asri yang membuat kajiana mengenai Kapsul Ungu. Mungkin dia tahu mengenai lokasi sampel Kapsul Ungu dan mungkin dia juga boleh membina semula Kapsul Ungu." Rafael menjawab.

"Berapa bayarannya?" Badrul bertanya.

"500 ribu Dollar Amerika." Rafael membisikkan dengan perlahan angka yang dipersetujui oleh Mr M. Bard ketawa kecil. Matanya mula bersinar kembali.

Kedua-dua mereka mula meneliti semua bahan-bahan yang dihantar oleh Mr. M. Dengan bayaran 500 ribu Dollar Amerika, tugas ini nampak mudah. Bard melihat dengan teliti gambar Julia. Mukanya bujur sirih dan pandangan matanya redup. Sekali imbas Julia menyerupai Natasha, gadis yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu!

Bard meneliti semua maklumat mengenai Julia; rumah, nombor telefon, tempat kerja, makanan kegemaran, hobi dan semuanya. Sebagai bekas pembantu Dr Asri, setidak-tidaknya Julia pasti tahu serba sedikit tentang kapsul ungu dan kebiasaan-kebiasaan Dr Asri. Julia mungkin adalah satu-satunya kunci kepada tugasan terbarunya itu.

Bard mula berfikir apakah cara terbaik untuk mengenali Julia.

"Bincangkan strategi dengan Benji dan Rajan. Esok kita bincang perancangan dengan lebih teliti," Rafael memberi pesanan.

* * *

"Apakah maklumat yang kamu semua berjaya kumpul?" Rafael bertanya sebaik sahaja dia masuk ke bilik perbincangan. Semua ahli kumpulan K-4 sudahpun berada di bilik itu sejak setengah jam tadi.

…bersambung

Bab akan datang:

Berjayakah Badrul mendekati Julia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience