Chapter 97

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 97

Pengawal tersebut menggunakan alat walkie talkie yang dibawanya untuk memberitahu Camilla mengenai keadaan Badrul.

******

"Selesa tidur malam tadi Bard?" tanya Camilla sabaik sahaja Badrul sampai di ruangan menunggu betul-betul berdekatan dengan pintu masuk gudang tersebut.

"Selesa Cik Camilla. Terima kasih kerana sediakan tempat tidur untuk saya," jawab Badrul sambil tersenyum.

"Hari ini saya mahu jalankan pemeriksaan kepada awak sebelum saya boleh lepaskan awak keluar," Camilla menyambung.

"Saya rasa sihat Cik Camilla. Mengapa saya perlukah pemeriksaan?" tanya Badrul dengan nada sedikit risau.

"Kami semua disini hari-hari terdedah dengan virus Erebus. Saya cuma mahu pastikan awak dan Julia tidak dijangkiti oleh virus tersebut, Silakan," jawab Camilla sambil mengajak Badrul masuk melalui sebuah pintu yang agak tersorok.

"Virus Erebus?" tanya Badrul semakin panik sambil mengikut sahaja langkah Camilla.

"Erebus adalah watak mitos Greek yang melambangkan kegelapan," jawab Camilla sambil melalui beberapa bilik seperti wad hospital. Terlihat beberapa pesakit yang terlantar di atas katil dan beberapa orang jururawat yang sibuk dengan kerja mereka.

"Bangunan ini dikhaskan untuk semua pesakit yang dijangkiti virus Erebus yang dikuarantin,” Camilla menyambung lantas menghentikan langkahnya. Semakin lama Badrul berjalan semakin banyak pesakit yang dilihatnya. Camilla kemudian membawanya ke melihat sebuah bilik yang berasingan. Pintu bilik itu diperbuat daripada kaca. Terdapat tiga orang lelaki yang terlantar di tiga buah katil yang berasingan, kesemuanya mempunyai kulit yang bertompok-tompok hitam bagaikan ular sawa.

“Awak lihat di sana. Itu adalah Michael, antara orang terawal yang dijangkiti virus Erebus, kira-kira enam bulan lepas," Camilla menuding jarinya ke arah seorang lelaki berumur empat puluhan yang terlantar di sebuah katil berdekatan.

"Jika awak tidak membawa Kapsul Ungu kepada kami, dalam masa tiga bulan, seluruh badan Michael akan bertukar menjadi kehitam-hitaman dan dia akan menjadi buta. Virus Erebus akhirnya akan menyebabkan sel-sel badan tidak dapat menyerap air dan pesakit akan mati kerana kekurangan air yang serius dalam badan," Camilla menambah.

"Kami hanya ada ubat yang boleh mengurangkan kesan virus Erebus selama enam hingga sembilan bulan. Kapsul ungu adalah penawar kepada penyakit ini," Camilla menyambung. Dari kejauhan Badrul cuba meneliti keadaan Michael.

Dua orang gadis berpakaian jururawat dan seorang wanita lengkap berpakaian doktor dengan penutup kepala dan penutup mulut datang dari hujung bilik berjalan ke arah mereka. Apabila mereka sudah semain hampir, barulah Badrul dapat melihat dengan jelas ketiga-tiga mereka. Doktor wanita itu adalah Julia.

Julia membuka pintu bilik yang didiami oleh Michael. Ketiga-tiga mereka masuk ke dalam bilik Michael. Sebaik sahaja mereka tiba di katil Michael, Julia memegang sebuah picagari dan menyuntik sedikit cairan ke lengan Michael.

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang terjadi dengan Michael sehingga disuntik oleh Julia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience