Chapter 92

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 92

“Julia!” Badrul berteriak. Hatinya pilu melihat Julia diperlakukan sebegitu.

“Bard!!” Julia yang mendengar teriakan Badrul terus menjerit.

“Sabar Julia, saya akan lepaskan awak!” Badrul menjerit. Badrul memberikan isyarat mata kepada Benji dan melemparkan sebuah senyuman kepada Randi.

“Randi, kamu buat kesilapan yang besar hari ini! Kamu tak ingat Benji dan Rajan pernah jadi orang bawahan aku. Aku setuju dengan Rafael, kamu tidak pandai menyusun rancangan. Kamu tidak boleh memimpin KH Intelligence dengan baik,” ujar Badrul sambil mengeluarkan sepucuk pistol dan dihalakannya kepada Randi.

Muka Randi berkerut-kerut melihat tindakan berani Badrul. Dia memandang ke arah Benji dan Rajan. Kedua-dua mereka juga menghalakan pisto ke arahnya. Randi tidak ada pilihan lain, dia mengangkat kedua-dua belah tangannya.

“Kita boleh bincang lagi perkara ini Bard, jangan tembak!” Randi merayu. Badrul datang mendekati Randi dan menghunuskan pistol betul-betul di kepalanya.

“Siapa yang bunuh Rafael?!” Badrul bertempik. Randi membisu seketika.

“Cakap Randi, siapa yang bunuh Rafael?!” Tempikan Badrul semakin kuat.

“Aku yang suruh pembantu rumah masukkan racun itu ke dalam makanan Rafael. Aku yang bayar dia,” jawab Randi masih lagi dalam keadaan takut-takut.

“Bagaimana botol-botol racun itu boleh berada dalam bilik aku?!” tempik Badrul lagi.

“Aku.. aku yang suruh pembantu rumah letak dalam bilik engkau,” suara Randi terketar-ketar. Badrul menurunkan pistolnya.

“Bagaimana Benji? Awak dapat rakam semuanya?” Tanya Badrul.

“Ya, dapat semuanya,” Benji menyerahkan perakam kecil yang dipegangnya kepada Badrul.

“Polis dalam perjalanan Randi,” kata Badrul sambil memainkan semula rakaman kata-kata Randi tadi.

“Bard, kita boleh berbincang. Kamu cakap sahaja berapa yang kamu mahu, aku boleh sediakan,” Randi merayu.

“Itulah bezanya antara kita Randi! Engkau rasa duit adalah segala-galanya. Maaf aku bukan begitu!” Badrul membalas dengan kata-kata yang kesat.

Randi tertunduk malu. Siren kereta polis sudah mula kedengaran dari kejauhan. Badrul menghampiri Julia dan membuka ikatan dan penutup matanya. Julia memeluk Badrul dengan perasaan yang masih lagi ketakutan.

“Sabar Julia, saya minta maaf saya tidak menjaga awak dengan baik,” Badrul meminta maaf.

“Bawa saya pergi dari sini Bard,” rayu Julia yang masih menggigil ketakutan.

Sebaik sahaja pihak polis datang, Badrul menyerahkan rakaman perbualan kepada mereka. Nenek Leha yang datang bersama pihak polis, datang menemui Bard dan Julia.

“Terima kasih Nek, polis datang tepat pada masanya” Badrul mengucapkan terima kasih.

“Sama-sama, yang penting kamu berdua selamat,” jawab Nenek Leha.

******

Badrul dan Julia duduk di hujung padang bola seperti yang dijanjikan. Hari sudah hampir pukul lima petang. Beberapa gerai pasar malam sedang giat dibuka di atas padang bola di hadapan mereka. Julia memegang beg yang mengandungi Kapsul Ungu.

…bersambung
Bab akan datang:
Mengapa Badrul dan Julia duduk di hujung padang bola tersebut? Apa yang ingin dilakukan di situ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience