Chapter 82

Mystery Completed 8171

Bab 82

Julia terpinga-pinga sedikit. Hatinya berasa sedikit panas.

“Eee.. I hate you!” Kata-kata itu tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Julia. Dia menghentakkan kaki sedikit sebelum berpusing menuju ke dalam biliknya untuk berkemas.

******

Perjalanan dari rumah Nenek Leha di Melaka ke Batu Pahat mengambil masa lebih dua jam. Nenek Leha telah memandu sebuah kereta pacuan empat roda untuk menghantar mereka ke sebuah rumah tumpangan di Batu Pahat dimana Badrul telah menempah dua buah bilik untuk mereka. Rumah tumpangan itu bernama Hotel Salsabila.

“Selamat petang Encik,” tegur seorang lelaki tua yang berada di lobi hotel tersebut.

“Selamat petang, saya ada tempah dua bilik untuk malam ini,” Badrul menjawab teguran lelaki itu. Lelaki itu terus memeriksa sebuah buku yang menyimpan semua rekod pelanggannya.

“Atas nama siapa Encik?” tanya lelaki itu.

“Adam Borhan,” jawab Badrul

“Adam Borhan….” lelaki itu mengulangi nama yang disebut oleh Badrul sambil mencar-cari di dalam buku tersebut. Dahi Julia berkerut sedikit sambil memberikan pandangan penuh pertanyaan kepada Badrul.

“Itu nama pakcik saya,” bisik Badrul ke telinga Julia sambil mengeluarkan dompetnya.

“Bayaran seratus lima puluh ringgit, sekali dengan sarapan pagi,” ujar lelaki itu meminta bayaran. Badrul mengeluarkan wang seperti yang dipinta.

“Bilik 211 dan 212, sebelah menyebelah, ” lelaki itu menyerahkan kunci selepas menerima bayaran.

“Terima kasih Pakcik Samad,” jawab Badrul semasa mengambil kunci daripada lelaki itu. Lelaki yang dipanggil Pakcik Samad itu hanya mengangguk.

“Bagaimana awak tahu nama dia Samad?” Julia bertanya semasa mereka mula melangkah menaiki lif yang berada tidak jauh dari lobi hotel tersebut.

“Awak perlu lebih prihatin Julia, awak perlu lihat apa yang tak dapat dilihat oleh mata kasar,” jawab Badrul sambil memasuki ke dalam lif.

“Baiklah Bard, saya tidak sebijak awak. Saya mengalah! Bagaimana awak tahu?” Julia mahukan jawapan.

“Saya nampak sebuah jadual di atas meja tadi, mungkin jadual bekerja untuk semua pekerja di hotel ini. Saya nampak tarikh hari ini, nama Samad ada di situ, yang lain semua nama perempuan,” jawab Badrul sambil menunggu lif itu membawa mereka ke tingkat dua. Sebaik sahaja lif terbuka mereka keluar.

“Awak perlu buka mata awak luas-luas. Selalunya segala yang kita mahukan selalunya berada betul-betul di hadapan kita, cuma kita sahaja yang selalu tak nampak,” sambung Badrul sambil mengenyit sebelah matanya.

Setelah berjalan beberapa langkah mereka tiba di bilik 211 dan 212. Badrul menyerahkan kunci bilik 212 kepada Julia. Julia membuka kunci bilik dan masuk ke dalam. Dia terus memanjat katil dan baring untuk berehat seketika.

******

Julia terjaga ketika alunan azan dari masjid berdekatan mula berkumandang menandakan masuknya waktu asar.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Badrul bawa Julia ke sini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience