Chapter 27

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 27

Tepat pukul lima setengah petang Pengarah syarikat yang dikatakan akan mengambil rasuah itu datang diikuti oleh sebuah kereta lain. Seorang lelaki yang memakai kaca mata hitam dan topi telah menyerahkan sebuah envelop kepada Pengarah tersebut dan Pengarah itu pula telah mengeluarkan isi kandungannya. Nampak jelas beberapa ikat duit not lima puluh ringgit dikeluarkan untuk dikira sebelum Pengarah itu mengangguk tanda setuju. Benji berjaya menangkap gambar beberapa kali menggunakan kamera jarak jauh dan Badrul juga berjaya mendapat rakaman video dan suara ketika dia lalu di belakang mereka dan meninggalkan plastik sampah yang mempunyai perakam video dan suara. Secara keseluruhannya, mereka berjaya menjalankan tugasan kali ini tanpa sebarang masalah besar.

Badrul, Benji dan Rajan sampai ke Kedai Ayam Panggang Selera kegemaran Rajan tepat pukul lapan malam setelah semua tugasan mereka selesai hari itu. Badrul kenal benar kawasan itu, bangunan pejabat Neutron Pharmaceuticals yang pernah menjadi pelanggannya dahulu terletak betul-betul di belakang kedai ayam panggang tersebut. Bertentangan dengan bangunan Neutron Pharmaceuticals adalah bangunan HURIMA yang pernah disebut oleh Natasha dahulu. Badrul teringat akan kunci loker pemberian Natasha yang selalu dibawanya di dalam dompet. Dia memandang lagi sekali ke arah bangunan HURIMA, hatinya mahu sahaja bangun dan pergi mencari loker yang disebut oleh Natasha tetapi dia perlu bersabar. Dia tidak pernah masuk ke bangunan itu dan dia sendiri hidup dalam buangan sekarang.

"Ok kawan-kawan, sistem komputer yang aku cuba buat ni dah siap," Benji tiba-tiba mengangkat kedua-dua belah tangannya dan menepuk bahu Bard dan Rajan. Rajan yang tidak mahu diganggu ketika makan makanan kegemarannya mengisut sedikit berjauhan daripada mereka berdua. Badrul tersenyum. Benji hanya menjeling ke arah Rajan.

"Sistem apa?" Badrul bertanya untuk mengambil hati. Benji menekan beberapa kekunci di komputer ribanya sebelum menghalakan skrin komputer riba itu ke arah Badrul.

"Ini demo mode. Belum betul-betul testing lagi," ujar Benji sambil mengambil sebuah alat seperti sebuah kamera kecil dari dalam beg galasnya.

“Apa yang sistem ini boleh lakukan?” Tanya Badrul dengan nada ingin tahu.

"Kita akan patahkan sistem sekuriti bangunan. Kamu pilih mana satu bangunan yang kita nak uji malam ni..." Benji menyuruh Badrul memilih. Badrul mengerutkan dahinya sambil berfikir sejenak. Dia melihat kawasan sekeliling dan pandangannya terhenti kepada bangunan HURIMA.

"Yang itu, bangunan HURIMA," ucap Badrul sambil menudingkan jarinya ke arah bangunan HURIMA. Benji menghalakan alat berbentuk kamera itu ke arah bangunan HURIMA. Alat itu mengeluarkan sejenis cahaya berwarna merah selama beberapa saat.

"Ok, data bangunan HURIMA sudah masuk ke dalam laptop," Benji bercakap dengan nada yang agak perlahan sambil menekan lagi beberapa kekunci dengan penuh fokus.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah misi mereka akan berjaya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience