Chapter 51

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 51

Hari ini Badrul adalah penyelenggara bangunan itu buat sementara waktu setelah Rajan dan Benji berjaya mencederakan Pak Hamid yang kini sedang berehat di rumah. Rancangan mencederakan Pak Hamid adalah rancangan Rajan, seperti selalu.

Setelah melalui beberapa pintu di tingkat tersebut, Badrul berjaya mencari Bilik Omega, bilik di mana Julia menjalankan kajiannya. Dua buah lampu kalimantang di situ sudah tidak berfungsi lagi. Badrul mendirikan tangga yang diambilnya dari bilik penyelenggaraan sebentar tadi dan mendirikannya di bawah lampu yang tidak berfungsi tersebut.

“Badrul, jangan cemas sangat!” suara Benji kedengaran bermain di telinganya.

“Takdelah,” jawab Badrul menidakkan. Badrul memakai alat komunikasi di telinganya.

“Eh, Bard!” satu suara merdu menyapanya. Sebaik sahaja Badrul berpusing, lampu kalimantang yang sedang ditanggalkannya terjatuh mengenai kepalanya sendiri. Badrul mengaduh kesakitan. Julia ketawa sedikit.

“Minta maaf!” jawab Julia masih lagi dalam nada ketawa.

“Err.. saya .. saya minta maaf Cik.. saya alih tangga ni supaya Cik boleh lalu..” jawab Badrul dengan nada yang kelam kabut.

“Luas lagi la laluan ni..” Jawab Julia masih tertawa. Badrul memandang sekeliling.

“Tak mengapa, teruskan kerja awak. Oh! Ya, satu lagi, semua orang panggil saya Julia. Awak seorang sahaja yang panggil saya Cik Julia. Panggil saya Julia sahaja,” sambung Julia.

“Baiklah Julia sahaja.. maksud saya.. Cik Julia.. eh.. Julia..” kata-kata Badrul semakin kelam kabut. Julia tersenyum dan terus bergerak ke meja kerjanya.

"Lebih cantik daripada gambar. Tapi hari ini dia tukar cara dandanan rambut, nampak tua sikit," Benji mengomel melalui alat pendengaran yang dipakai oleh Badrul. Sebuah kamera kecil yang dilekatkan pada baju Badrul membuatkan Benji dan Rajan dapat melihat keseluruhan ruang pejabat itu dengan lebih jelas, terutama Julia.

"Fokus pada kerja!" ujar Badrul sambil memanjat tangga dan menggantikan lampu kalimantang yang sudah tidak berfungsi itu.

"Fokus la ni. Fokus kepada subjek bernama Julia dan ambil tahu semua perubahan pada subjek. Betul la Bard!" Benji cuba mempertahankan pendapatnya. Pada masa yang sama lampu yang cuba digantikan oleh Badrul terlalu ketat untuk dimasukkan dan dia terpaksa mengalihkan pandangannya daripada Julia.

"Tengok betul-betul susun atur bilik ini. Cuba tengok apa jenis kajian yang sedang dibuat!" Badrul menjawab dengan tegas.

"Bard cakap dengan siapa?" tiba-tiba suara Julia terdengar menyapanya. Badrul mengalihkan pandangannya ke arah suara itu. Dia nampak Julia yang sedang memegang sebuah fail berdiri betul-betul bersebelahan dengan tangga yang digunakannya. Hampir terlepas lampu kalimantang yang dipegangnya.

"Err.. Julia, lampu ni susah sangat nak dimasukkan. Ketat!" Jawab Badrul sambil menuruni tangga. Julia melemparkan senyuman dan terus berlalu. Mata Badrul menyoroti langkah Julia satu persatu sehingga Julia hilang di sebalik pintu makmal.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang berlaku seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience